Tuesday, May 6, 2014

Sabah sweet escape 3

Kalau Kilah tahu betapa tertekan jiwa aku untuk siapkan tulisan ini pasti dia menyesal suruh aku tulis. Tak ada angin ribut tiba-tiba stress. Kundasang adalah destinasi kami pada hari ketiga. Yeayyyy *teary eyes* Kami sewa kereta dan Kilah driver. Memang jauh dari Kota Kinabalu ke Kundasang. Jadi kami bertolak awal sebab nak rasa aura Kundasang di awal pagi (^___^)// Aku tak ingat berapa jam untuk sampai ke Kundasang sebab sepanjang perjalanan kami umpama jakun. Sikit-sikit nak berhenti pantang nampak tempat yang menarik. Mungkin sebab kami sekejap saja di Kundasang takut tak sempat nak melawat sana sini. Kilah pun tak drive laju-laju sebab nak suruh kami capture pemandangan. Dia ingat senang nak cari angle dengan kereta bergeraknya campur gegaran lagi semua.


 

Mula-mula kami singgah di jambatan gantung. Tengok tu bukan main excited padahal macam buruk je. Bergegar sekejap jambatan tu bila kami sampai. Penduduk dekat situ selamba je lalu lalang. Mungkin tu jambatan short cut untuk mereka tapi tak sangka pulak jambatan tu akan famous (*___*???.


Totally forgot uncounted kilometers to go (--___--"


 

Udaranya sejuk dan nyaman. Kami singgah di Pekan Nabalu untuk beli souvenir. Suasana di Pekan Nabalu sangat selesa untuk membeli dan harga agak berpatutan. Esoknya kami singgah lagi sebelum balik sebab masing-masing merungut souvenir masih tak cukup. Bukan main rambang mata lagi. Demam konon.


Kami sempat singgah di Kinabalu Park yakni kaki Gunung Kinabalu. RM 3 seorang untuk sepanjang hari. Kami masuk tak sampai setengah jam pun. Masing-masing dah pening lalat dan lapar. 






Kembara di Kundasang nonstop rupanya. Nak tercabut lutut aku. Selepas check in sekejap dan setelkan apa yang patut kami sambung ke destinasi seterusnya. Kilah dah janji nak bawak kami ke Desa Cattle Farm tengok lembu. Tempat yang Kilah craving nak pergi. Katanya macam New Zealand dekat situ membuatkan kami bertiga meronta-ronta nak pergi \(^___^)/. 



Yang nun jauh tu Gunung Kinabalu. Kami melting bahhh. Tanpa menghiraukan perut yang menangis kami berhenti lagi ambik gambar. Tanpa segan silu gambar lompat ok! Forgive me.. my dearest friends, this is the only perfect picture we have.



Identiti penduduk di situ begitu mengelirukan kami. Jadi kami decide untuk makan KFC tanpa perlu was-was.



Aku tak pandai nak summary kan cerita. Maka terjadilah cerita yang panjang berjela.
Stay tuned  (z___z)

0 weirdo:

Post a Comment

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template