Orang lain berkobar-kobar kerja di hari ahad. Aku masih melayan sunday blues. Kononnya masih tak dapat terima hakikat weekend jumaat sabtu. Mengenangkan azam tahun baru aku untuk grad on time (-____-) aku paksa diri pergi ke lab jugak. Itu pun separuh hari. Bananana aku pergi keluar dengan girlfriends dengan perasaan serba salah yang hanya 10 peratus. Janji! janji tak buat lagi lepas ni. Sempena 2014, aku tidak mahu lagi jalan-jalan tanpa arah tujuan selaras dengan azam. Jadi, aku dan teman-teman buat sesuatu yang berfaedah untuk diri. Dengan sebulat suara aku dan teman-teman putuskan untuk membuat pemeriksaan kulit muka. Pertama kali aku rasa berfaedah sangat sampai mahu sebak. Padahal main lalu saja depan kedai tu. Aku malas nak buat tapi mengenangkan azam untuk improve skin care aku join juga. Tak habis-habis dengan azam.
Dup dap dup dap
That's me. Playing around while waiting for my turn.
Banyak sangat info yang aku dapat sepanjang seisi tu walaupun banyak perkataan yang aku tak dapat hadam sampai nak cari skin care dictionary. Aku berjanji walau apa pun result aku takkan down. Poyoss je. Sebelum tu, aku bagitahu akak yang analyze tu aku pakai simply siti C bright. Mujur akak tu pun suka simply siti. Aku memang suka dengan simply siti. Sebabnya halal dan made in korea hihihihi.
Shine bright like a diamond (^__^)
Disebabkan simply siti tak buat sleeping beauty mask, aku beli yang ni tanpa berfikir belasan kali. Padahal baca dalam majalah je terus meronta-ronta nak beli. Dengan harapan bila bangun tidur terus jadi snow white. Kulit aku kering sebenarnya. Jadi, aku kena banyak minum air dan guna mask yang hydrate. Aku tak singgah pun kedai buku. Jeling dari jauh je. Bagus lah kalau tak aku meroyan nak beli padahal nanti baca sebaris dua saja.
Take care people!
0 weirdo:
Post a Comment