Friday, February 21, 2014

kerana sekeping kertas

Aku kira ini entry kedua untuk tahun 2014. Semakin mundur dan bersawang nampaknya. Biarlah saat ini aku kerja sapu sawang dekat sini. Terima kasih kerana sekeping kertas ini.

Itu hari aku masuk lab aku jumpa kertas ini atas meja. Hamba Allah mana pulak yang letak  *__??? Semua buat don't know bila aku tanya. Jatuh dari langit agaknya. Aku nak buang tapi sayang pulak. Terus cari gam tampal dalam buku. Terencatkah aku? Biarlah pada orang lain cuma sampah, bagi aku bermakna sekali. Siapa entah yang rajin gali balik padahal 2010 punya. Aku sendiri dah lupa yang aku pernah belajar subjek tu. Seingat aku sepanjang belajar subjek polimer, aku pernah kena denda. Denda sebab gagal test tapi aku tak pasti subjek apa. Yang ni lah kot. Agaknya motif nak suruh aku imbau kenangan pahit. Aku memang bengap masa tu. Lepas tu Dr. Mat suruh sorang-sorang bagi alasan kenapa fail. Sampai turn aku dengan sekali lafaz aku jawab "sebab banyak fokus dekat teori sebab tu tak dapat jawab yang application". Bajet sekali. Dr. Mat pun angguk-angguk. Kagum agaknya dengar alasan aku. Puas aku brainstorm cari alasan. Kononnya bukan salah saya ok, saya dah study sampai lebam. Soalan tu yang out of syllabus sambil flip tudung. Padahal bangau oh bangau!





 Princess Diaries!


Take care people ^__^

0 weirdo:

Post a Comment

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template