Tuesday, February 12, 2013

DO RE MI

Cuti sempena Tahun Baru Cina kali ini aku tak balik kampung. Sobs. Tapi tak bermakna aku duduk melongo saja di UTM. Aku dan girlfriends merayau-rayau mengikut plan yang sudah dirancang. Tipu! semua tunggang terbalik. Ikutkan aku mahu naik bas saja pergi ke tempat kogi. Tiba-tiba kogi telefon yang dia bosan kesorangan di rumah sewa. Dia mahu bermalam dengan aku. Malam tu jugak dia datang UTM. Ishhh baru nak feeling naik bas sensorang pergi Larkin. Padahal aku lega amat! Aku pun bosan sebenarnya.



Plan pertama setel. Plan kedua, kogi dan aku perlu menjemput puteri kilah di kediamannya. Walaupun kami tak konfident sangat, kami cuba sedaya upaya untuk sampai ke rumahnya. Hidupkan enjin kereta, pakai tali pinggang, dan Set GPS. Tempat yang nak di tuju di Pasir Gudang, tapi di GPS tempat tu di Batu Pahat pulak. Kogi try lagi. Hampeh! just turn off!!!! We don't want to argue with GPS and we not trusted it anymore. What kind of human. Belum apa-apa lagi dah mess. Relax, istifar dan baca bismillah.

Sepanjang perjalanan lebih 10 kali kami berhubung. Tanya jalan, signboard, bagitahu dah kat mana dan entah apa-apa lagi. Lain yang di bagitau, lain yang di imagine. Sejujurnya, dah masuk kali ke-3 aku pergi rumah dia tapi tak pernah nak ingat jalan. Aku memang fail giloss bab-bab hafal jalan. Termasuk my pilot. Kogi. Alhamdulillah sampai jugak tanpa berlaku pertumpahan darah.



Plan kedua selesai. Plan ketiga pulak. Simple! Menuju ke destinasi yang belum pasti. Sebelum tu, kitaorang dah bagitau mak kilah bersaksikan pakcik dan makciknya yang kitaorang tak tahu nak balik pukul berapa. Boleh menangis bakal mak mertua. Masalah terbesar adalah tidak tahu nak ke mana. Sudah berada di atas jalan raya tapi still lagi "kita nak gi mana eh?" That's our style. After brain storming, we decide Angsana and City Square. Yup! Pi mai pi mai tang tu.

We enjoy, laugh and have fun. Langit tak selalu cerah. Kami keliru. Patut hantar kilah balik atau bawak dia tidur di UTM. Kiranya esok kogi hantar kilah balik dan dia terus balik Kota Tinggi. Nak hantar semua balik macam tak sesuai sebab kogi terpaksa balik malam sensorang. Urgent! dan keputusannya kami yang bermalam di rumah kilah. Rumah di mana abangnya tinggal. Kilah telefon famili dan berbincang. Abangnya terpaksa balik rumah mak ayah sebab kitaorang akan bermalam di situ. Sound like we kicked her brother out from the house.

Setel. Setelah dapat tempat bermalam, kami rancang untuk menonton movie di rumah nanti. Kogi memang tak habis-habis dengan cerita minyak dagu. Tak ada jalan lain selain beli cd cetak rompak. Obviously we desperate. Sampai saja di kedai cd tanpa berfikir panjang "bang, nak cite ni. Lagi satu, cite the impossible ada bang?" "ok, nak dua ni". Dan aku dipaksa bayar. Grrrrr. Bila nak menonton mestilah kena ada makanan ringan. Kami singgah pulak di Econsave untuk membeli and I'm the person who willing to sponsor their cikadies. Grrrrr.

Hampir larut malam baru kami selesai set up tempat tidur dan movie. Haruslah cerita minyak dagu dulu. Lepas tu baru cerita the impossible sebab nak hilangkan rasa takut. Kami berjanji yang tidak akan tidur sepanjang movie itu berlangsung. Siap amaran antara satu sama lain. "Sape tido siap!" Aku dan kilah makan cikadies dengan rakus sementara menunggu kogi memasang cd. 2 minit, 5 minit, dan 10 minit telah berlalu... the laptop cannot detect the cd. What the heck? Tanpa membuang masa cuba cd lagi satu. Boleh pulak. Maka menontonlah kami dengan rasa tidak puas hati. Lagi 10 minit nak ending, cd tiba-tiba stuck, alahaii. Pangkah dan bukak balik. Lajukan dan masing-masing "ni ke ending dia?" "tak kan lah kot" "jangan cakap ni ending dia". $@*^%#$#%%$!

Pukul 1 pagi dah masa tu dan kogi try sekali lagi cd minyak dagu. Tiba-tiba boleh pulak bukak. Mood seram terus. Kilah dah menguap dan aku pujuk dia jangan tidur, suruh dia makan lagi. Menontonlah kami dengan tangan dan bantal menutup separuh muka. Kilah tidur akhirnya. Tinggal aku dan kogi. Serius aku mengantok, tapi mengenangkan kogi aku tak sampai hati nak tidur. Last-last aku tertidur. Yelah tengok cerita sambil baring dan tutup muka sebab takut hantu mana tak tertidur. Aku tersedar bila kogi terkejut hantu. Kantoi kogi tahu aku tertidur. Aku buat macam-macam supaya tak tertidur sampai cerita tu habis. Dan sekali lagi "hek eleh, macam ni je ke ending dia?".. hek eleh engkau padahal nak hilangkan rasa takut.

Itulah al kisah do re mi. Sekian. 



5 weirdo:

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template