Thursday, December 27, 2012

s e m p a t s e m p u t

kesempatan yang ada waktu balik rumah baru-baru ini aku gunakan sebaiknya..
sempat aku belek buku teks yang baru diterima oleh adik..
tak tahan mendengar suara dan melihat mukanya yang sepuluh sen, aku balut buku mana yang patut..
seperti biasa.. dia hanya serahkan buku, peralatan yang lain pandai-pandailah aku cari sendiri..
sudahnya, aku yang diambil kesempatan T_T
katanya kena denda 2 ringgit kalau tak balut.. biar padan muka.. biar mereka belajar sayang pada buku.. kalau tak, pasti lunyai jadinya..


tiga buah buku di atas telah mencuri perhatianku.. lama aku merenung dan tidak sengaja terimbas nostalgia sewaktu di bangku sekolah dulu.. aku memang lemah waktu belajar subjek ala-ala sastera.. novel pun aku baca tak habis.. mujur ada bantuan buku rujukan komsas.. 
paling lemah lagi bila cikgu suruh belakon dan baca dialong dalam buku tersebut.. 
lepas zaman sekolah menengah baru aku jadi kaki novel..
 kenapa baru sekarang? http://www.emocutez.com kenapa??!!
lepas semua dah siap, adik yang kecik pulak datang.. suruh aku balut buku cerita dia.. 
dugaan apakah ini.. 


 

tiga hari kemudian baru aku balut.. itupun setelah dia mogok macam-macam.. tengah seronok balut tiba-tiba blackout.. balutlah aku bertemankan lilin.. mungkin pembalasan kerana menganiaya anak kecil.. aniaya? hentam sajalah.. gantikan dengan kata kerja yang sesuai.. aku pening lalat dah ni.. papai..

0 weirdo:

Post a Comment

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template