hai.. dari minggu lepas aku berkobar-kobar.. semangat rasanya buat itu dan ini.. tapi hari ini longlai pulak rasanya.. mungkin hari isnin, jadi, aku maafkan diri aku.. aku akan balik rumah rabu ni.. lama rasanya tak balik.. sempena cuti sekolah yang dah nak penghujung, aku haruslah balik.. aku dah tak ada cuti semester, curi-curi sajalah masa yang ada untuk buat cuti sendiri.. doakan semua berjalan dengan lancar sebab aku nak jumpa dua orang budak ni
dengar kata mereka tak beli kasut sekolah lagi.. sebab tunggu aku.. sobs.. seksa kan duduk jauh ni..
tak payah lah terharu.. dua orang ni kaki pau sebenarnya.. cakap je tu kasut sekolah, kang nanti adalah idea lain tu..
bila balik rumah haruslah menjadi suri rumah.. 100% transform.. aku di sini tak sama bila di rumah.. kalau di sini serba serbi aku malas.. kalau dekat rumah kalah bibik indon.. tapi benda paling tak best sekali bila mak pergi kenduri.. cuti sekolah memang gerenti adalah jemputan.. bukan lah pemalas sangat aku ni.. kalau rajin berasaplah dapur.. kalau tak jadilah mayat hidup haritu sambil tunggu mak bawak balik nasik kenduri.. itupun kalau ada..
hobi aku pun lain kalau di rumah.. laptop, handphone memang entah ke mana di campak.. ke hulur ke hilir usung novel.. ahh bahagianya.. yang aku kisahkan bagi kucing makan, cari kucing dah balik ke belum.. memang orang kampung sangat.. ehh makcik jumpa novel ni.. macam menarik.. tengok lah kalau makcik pergi pasar nanti tetiba terjumpa ke makcik beli ye.. tu pun kalau ada duit lebihlah.. keke
setakat ni dulu.. makcik ada kerja nak buat.. makcik baru sedar yang makcik masih pelajar rupanya.. nak masukkan resin dalam oven.. esok makcik nak buat injection molding.. wish me luck!
# Antara malam dan siang, aku hanya sendirian. Sepi dan terlalu lelah rasanya. Meraih kasihnya bagai memanjat ke langit sana-Doa Cinta Hersalina
0 weirdo:
Post a Comment