Saturday, January 5, 2013

aku dan merajuk

salam jumaat :) 
selamat datang jugak 2013.. tahun saja berubah, aku masih aku.. tak tahu mahu menangis atau ketawa bila ditanya azam tahun baru.. biarkan aku sendiri dengan konflik dalaman aku.

maaf jika keliru.. sebenarnya aku tulis entry ini hari jumaat.. tapi atas beberapa gangguan aku tak dapat siapkan sepenuhnya..http://www.emocutez.com oleh itu, salam jumaat sekali lagi..
mari ke topik sebenar dan anggap saja masa kejadian pada hari jumaat..

tengahari tadi aku sempat menonton Wanita Hari Ini.. agak menarik tajuk yang dibincangkan..
"bila pasangan terlalu sensitif"
ianya lebih kepada suami isteri tapi sambil makan tu aku feeling sensorang.. 
merenung diri sendiri apabila ustazah dan artis-artis jemputan berkongsi itu ini.. 
aku bagaimana orangnya.. begitu? begini? baru sekarang nak mencari identiti T_T

Awal salah seorang artis jemputan.. dia turut.. err beliau ke dia ye? tak apalah.. beliau turut berkongsi serba sedikit.. "saya seorang perahsia orangnya.. kalau ada masalah lebih kepada pendam.. Scha pulak seorang yang ada masalah akan terus bincang dan selesai di situ" lebih kurang macam tulah..

ya, aku pun seorang yang jika ada masalah aku mahu terus berbincang.. aku perlu meluahkan dan tak boleh pendam lama-lama.. kalau boleh biar selesai haritu.. aku tidak mahu bermasam muka lama-lama.. jadi, bila aku macam tu aku ada bad feeling yang pasangan aku nanti mesti seorang yang perahsia sikit dan lebih memburukkan keadaan aku terpaksa korek pulak masalah dia.. jika dia seorang yang tidak pandai meluahkan.. terus hilang selera makan sebab fikir masalah yang belum tentu wujud..

mujurlah awal cakap yang beliau semakin berubah.. jika ada masalah berbincang dan belajar meluahkan.. mungkin hidup bersama scha mengajar beliau sedikit open minded..  terus aku rasa berselera kembali walaupun tak ada kena mengena.. patutlah orang cakap perkahwinan untuk saling melengkapi.. habislah jika dua-dua sensitif, mahu melayang pinggan mangkuk..

ustazah pun ada sebut sebenarnya berpunca dari pengurusan emosi.. aku pun tak tahu aku ni pandai ke tak uruskan emosi.. aku jarang merajuk.. aku akan merajuk bila orang lain ada masalah dalaman atau masalah dengan orang lain tetapi dengan aku sekali dia nak merajuk.. aku rela jika dia meluahkan, meraung atau apa saja yang boleh melegakan dia.. pinjamlah bahu atau telinga aku.. yang penting tidak menjadikan aku mangsa rajuknya melainkan memang aku puncanya.. jika tidak, aku akan merajuk dua atau tiga kali ganda daripadanya.. parah! sebab itu aku tidak suka.. oleh itu, abang tolonglah.. tolonglah jika ada masalah kita perlu berbincang.. *muntah hijau*

aku rasa bukan saja-saja untuk pendam.. kadang-kadang demi menjaga perasaan seseorang.. diluahkan akan terluka, down dan macam-macam lagi yang berkaitan mental, jiwa dan raga.. jadi, pandai-pandailah kita.. kita digolongan mana.. aku kagum dengan mereka yang dikurniakan good sense of humor..

maafkan aku jika berjela panjangnya.. setakat ini saja yang aku mahu kongsikan..
papai.. take care :)

0 weirdo:

Post a Comment

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template