salam jumaat :) semua..
aku tetap cintakan jumaat.. maafkan aku kerana emosi yang tidak bertempat..
kerdil benar diri ini..
mujur jumaat mewaraskan aku kembali...
apabila tiba saat diuji – detik perpisahan,
kesedihan, kemiskinan, penghinaan, kesepian (namakan apa sahaja),
jangan lari, tetapi hadapi. Walau pedih, sedih dan tersisih, jangan
mengelak. Tunggu dan hadapi. Terima hakikat, jika hidup sudah terhenyak
ke dasar yang paling bawah, jangan berpura-pura lagi. Jangan terus
bermuka-muka. Namun, terimalah hakikat supaya mampu bangun kembali
dengan cepat!
Jika ditakdirkan tidak kita temui sesuatu yang dicari di dunia ini,
terimalah hakikat ia memang tidak ada. Di akhirat sana tempat ‘ada’ dan
sempurna segala. Jika ‘langit’ hendak runtuh, masakan jari yang kecil
ini mampu menahannya. Dalam setiap yang kita miliki, pasti ada jemu dan
letihnya. Dalam setiap yang kita tidak miliki, pasti ada kesal dan
sayunya. Jangan terlalu dalam segalanya. Jangan terlalu cinta, jangan
terlalu benci. Jangan terlalu suka, jangan terlalu duka. Sederhana
itulah yang selalu menyelamaktkan ‘hati’ kita.
Jalan-jalan menuju keredhaan Tuhan meliuk lentuk di celah-celah simpang
siur karenah insan. Maafkan mereka, jika ingin keampunan Allah. Bantulah
mereka, jika ingin bantuan Allah. Hubungan antara sesama manusia itulah
medan bagi Allah mendidik sifat sabar, pemaaf, pemurah, redha, sangka
baik dalam diri hamba-hambaNya yang soleh. Untuk akrab denganNya, Tuhan
menguji kita melalui hamba-hambaNya.
#Ustaz Pahrol Juoi#
aku cuma ingin berkongsi kata-katanya.. mudah benar dia memujuk hati..
maafkan aku jika aku di antara mereka yang turut singgah kerana Dia ingin mengujimu.. ayuh sucikan hati bersihkan nurani.
0 weirdo:
Post a Comment