Wednesday, December 12, 2012

aku dan hujan

hujan lebat petang semalam.. tinggal aku dan beberapa orang pelajar saja lagi yang belum pulang.. teman-teman yang lain sudah lama lesap.. jam sudah menginjak ke angka 5.30 petang.. masih tiada tanda hujan akan berhenti.. hati memberontak untuk pulang.. aku nekad jika hujan tidak berhenti, aku akan redah saja.. aku tidak marah kepada hujan.. aku marah kepada diri sendiri sebenarnya kerana tak pernah ingat untuk bawak rain coat..

akhirnya aku redah juga hujan itu.. aku tidak kira basah lagi atau apa, yang penting aku mahu pulang.. dalam perjalanan pulang aku berselisih dengan mereka....
mereka yang cuma berjalan kaki tanpa sebarang payung atau apa... 
sepanjang meredah hujan itu, sayu hati rasanya...
aku seharusnya lebih bersyukur... sekurang-kurangnya aku lebih bernasib baik dari mereka.. 
benarlah jika ingin bersyukur, perlu melihat ke bawah.. seharusnya dengan mata hati..
 semoga ada hujan rahmat lagi bagiku...


0 weirdo:

Post a Comment

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template