kehadapan kau yang diingati selalu,
kau apa khabar? doaku semoga kau bahagia sentiasa. aku baik-baik saja.. seperti yang kau sangkakan.. walaupun tak seindah yang dijangkakan.
tak apa sekurang-kurangnya aku tahu kau sibuk mencari perjalanan sendiri walaupun masih belum pasti. berbeza dengan aku. aku tak mempunyai banyak pilihan. masih di sini. terus meredah arus yang kadang kala aku rasa mampu menghanyutkan aku. tak perlu kau bimbang tentang aku. betul kah kau mengalami mimpi ngeri di malam hari? sampai menangis? kau benar-benar merisaukan aku. tolong dan tolonglah.. jika kau ada masalah atau sesuatu yang mengganggu jangan pendam. Mengadu dan ceritalah pada seseorang yang kau selesa. dan paling penting kau percaya. maaf kerana aku tidak dapat menjadi pendengarmu lagi.
kenapa aku rasa kau terlalu jauh saat ini. bagai terpisah bulan dan bumi. mungkin lebih dari itu.
aku tidak akan mencarimu lagi. ini yang aku cuba lakukan. lebih baik berakhir di tempat yang sama kita bermula. itu lebih bagus bukan? dulu dan sekarang memang tidak sama. jika dulu aku insan yang kau cari kini aku mungkin orang yang paling kau benci. lebih teruk dari itu mungkin tahap menyampah atau menjengkelkan. sebabnya hanya ada padamu. mungkin aku hanya membuatkan kau sakit hati. jangan bimbang lagi aku tidak akan melakukan sesuatu yang kau tidak suka.. menjauhkan diri jalan yang terbaik aku kira. sandiwara apa yang aku cuba lakukan ini?? kau pasti akan mengerti nanti.
pergi kepada dia? tidak sama sekali! kau lupa apa yang terjadi? aku memang berjauh hati kali ini..
kalau dulu aku buat permintaan untuk mendengar cerita atau apa-apa saja darimu. semata-mata untuk dengar kau bersuara. aku suka sebab kau kelakar. entah mungkin bagi aku saja. pernah teman-teman memboikotmu, aku saja masih tegar di situ. aku cuba membuka hati seluasnya untuk memahamimu di kala semua sedang mengacukan pistol ke arahmu. boleh kau bayangkan berada di tempat aku waktu itu? walaupun peluru itu akan tempias kepada ku. maafkan aku jika terlalu beremosi di sini. kau jangan ambil hati ya.
aku tahu kau kuat. aku yang lemah sebenarnya. entah-entah aku yang rindukan kau nanti. serius! kalau tiba-tiba kau menerima mesej atau apa-apa saja dari aku, abaikan saja. abaikan seperti yang kau lakukan sebelum ini. janji? aku tidak mahu menyusahkan kau lagi.
terpulanglah jika kau nak ambil serius atau tak tulisan ini. tapi aku benar-benar lega sekarang walaupun separuh keyakinan aku telah hilang untuk berdepan denganmu. kau pun tahu kan apa rasanya jika pendam saja. sekarang aku boleh melakukan rutin harian dengan tenang. moga-moga.. akhir kata, ampunkan segala-galanya yang terlebih atau terkurang dari aku.
yang ikhlas,
damai sebuah hati.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 weirdo:
Post a Comment