Thursday, November 8, 2012

bukan sambungan


Jasmin memilih cheese cake lalu di minta kepada pekerja itu untuk menulis sesuatu. Sempena hari lahir adiknya, kebetulan adiknya pulang bercuti. 
"Hi," tegur seseorang. Jasmin menoleh ke arah jejaka tinggi itu. Dia lagi.. Desis hati Jasmin.
"Eh hi," Jasmin membalas. 
"Hairan kan kat mana I ada, mesti jumpa you," Ucap lelaki itu pula.
"Itulah, I lagi-lagi hairan," Balas Jasmin sambil merenung pemuda itu. Dengan jeans dan T-shirt tanpa kolar, dia pasti lelaki itu bukan dari tempat kerja. Santai saja gayanya.
"I dah lama kat sini, saja relaks-relaks," Ujarnya tanpa di pinta. 
"Oh, sorang je ke?" Tanya Jasmin. Dia menebarkan pandangan ke sekeliling premis itu. Manalah tahu ada yang memerhati. 
"Yup, sorang," Jawabnya bersahaja. Yelah tu, takkan muka macam ni tak ada girlfriend teman. Jasmin mula serkap jarang di dalam hati.
"Beli kek? Birthday you ke?" Pertanyaan itu membuatkan Jasmin ketawa. 
"Untuk adik I, birthday dia," Memang patut pun Jasmin ketawakannya, masakan beli kek hari jadi untuk diri sendiri pula.
"Cik, dah siap," Ujar pekerja tersebut. Jasmin menuju ke kaunter untuk membayar. 
"Boleh I tolong bayarkan?" Haizam menawarkan diri tiba-tiba. 
"Tak apa. I pun ada duit," Pintas Jasmin. Dah sewel agaknya mamat ni. Kutuk Jasmin. 
"I tak main-main ni," Haizam masih degil.
"I pun tak main-main. Lagipun adik I, bukan adik you," Jasmin naik rimas.
"Anggap ni hadiah I untuk adik you. I ikhlas," jawabnya dengan gaya seperti orang sedang berikrar. 
"I cakap tak..." Jasmin hampir meletup. Kenapa lelaki ini suka sungguh mencetus sketsa!!
"Cik, maaf.. err siapa yang nak bayar sebenarnya? Cashier itu serba salah mencelah.
Haizam pantas menghulurkan beberapa keping not kepada pekerja itu. Jasmin tidak dapat menghalang. Bimbang kecoh pula jadinya. Alhamdulillah... sudah rezeki agaknya.
"Kalau dah berlambak sangat duit, sedekah jelah dekat rumah anak yatim ke fakir miskin ke," Bisik Jasmin kepada Haizam. Sinis sekali. Haizam cuma merenung Jasmin. 
"Err, sorry. By the way thanks so much," Ucap Jasmin setelah menyedari akan kata-katanya. Orang sudah berbakti tak patut pula di balas tuba. Memang patut ditazkirahkan saja dia desis hati Jasmin. Haizam tersenyum sambil mengangkat bahu. 
"I mintak diri dulu," Ucap Jasmin. Tidak selesa berlama-lama di situ. Beberapa pasang mata asyik memerhatikan mereka dari tadi. Mungkin drama sebabak yang tidak diduga itu. 
"Ok, take care," Balas Haizam. Puas pula hatinya. Dia memerhatikan gadis itu berlalu pergi. Semoga kita akan bertemu lagi. Doanya di dalam hati. 

*********************************

masih ingat lagi tentang Jasmin & Haizam dulu.. teman-teman pernah bersuara "mananya cerpen ko tu", "tulis lah aku nak baca", "bila entah nak siap-siap?"
aku malas sebenarnya.. Sangat malas.. sudah separuh aku taip, laptop pulak rosak.. hilang semuanya.. untuk taip kali kedua tak mungkin.. Draft memang ada pada aku.. tulisan tangan saja.. Biarlah aku simpan untuk kenangan sensorang.. T_T
"mujur aku sempat baca habis, kalau tak merana nak tunggu dia taip," ni ayat kilah teman aku. Yup dia senyap-senyap baca draft tu. Dia selongkar bawah bantal agaknya sebab aku memang tak bagi budak-budak ni baca. Malu!
 
~ rindu, annyeong ^_^ ~

0 weirdo:

Post a Comment

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template