Renungan Sebuah Perjalanan
Perjalanan sering memanduku ke arah kekeliruan
Bila arah semakin hilang
Keluhan mula mendesis-desis kedengaran
Lalu datang kehampaan
Semangat akan meninggalkan diri
Bila kekalahan semakin menang menghampiri
Tapi jangan lupa sama sekali
Ada TUHAN yang mengadili melalui pemerhatian
Bila TUHAN kata belum sampai waktunya
Semangat yang merajuk
Akan akur menemani hari-hari sepi
Dan saat jiwa tunduk tafakur
Maka sedarilah hati
Bahawa esok masih ada lagi...
#tika bidadari berbisik
perasaaan menulis hilang entah ke mana.. maaf jika aku hanya mampu berkongsi puisi.. antaranya dari buku tika bidadari berbisik..
0 weirdo:
Post a Comment