Tuesday, October 2, 2012

s e b a k

aku masih ingat lagi sewaktu singgah di salah sebuah surau di KL.. aku sangat tersentuh melihat drama sebabak yang berlaku di dalam surau itu.. masih ingat sampai sekarang.. jom aku kongsikan kisahnya..

once upon a time, masa aku tengah tunggu adik berwuduk, masuk seorang ibu bersama tiga orang anak.. ibu tu muda lagi dan semua anak dia lelaki.. yang paling sulong aku rasa umur 5 atau 6 tahun, yang kecik sekali baru merangkak tak silap lah.. masa tu aku dengar yang sulong cakap dekat si ibu....

along: nak solat jugak
ibu: ok, along pergi solat dengan abah kat surau sebelah (masa tu si ibu pun tengah pujuk angah tolong tengokkan adik)
along: abah dah solat (terus menangis, merajuk duduk di penjuru dinding selepas mengesahkan di surau lelaki sebelah)
ibu: along tak nak nangis-nangis (tengah rushing-rushing nak pergi ambik wuduk, mujur yang adik tak merengek)
along: nak solat jugak! nak solat jugak! (tersedu-sedan, angah dengan adik buat bodo je)
ibu: along, malu dekat adik. Adik pun tak nangis (tengah pakai telekung)
along: along nak solat jugak
ibu: yelah sayang.. pergi ambik wuduk, ummi tunggu ni. Angah pegang adik ye. Duduk diam-diam

dalam hati aku, "serabut jugak ni, entah bila mak dia nak sembahyang. oh Tuhan....." tiba-tiba aku rasa sebak (tumpang drama sekaki)

along: along takut
ibu: ummi dah ajar kalau takut dekat sape je?
angah: dekat hantu! (tiba-tiba dia mencelah, kuat pulak tu. Mujur aku tak ketawa. Along tersedu-sedan lagi)
ibu: along, tu dah over tau. Berhenti nangis (terus bangun nak solat, tengah angkat takbir along nangis makin menjadi-menjadi. Terus tak jadi ) jom ummi teman along ambik wuduk. Ummi tunggu depan pintu. Jom. (Baru si along berhenti nangis dan bangun) 

Dapat jugak si along bersolat. Solat dekat sebelah ibu dia. Walaupun dia tiru je apa yang ibu dia buat, sekejap toleh kanan, sekejap kiri, garu sana-sini, sejuk jugak hati rasa.. Beria menangis sebab nak solat.. Ini tak, menangis sebab nak mainan.. lempang kang.

*lepas semua dah setel, adik aku tegur "tadi ada budak nangis kan, rasa lost kejap tengah sembahyang". http://www.emocutez.com



 

0 weirdo:

Post a Comment

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template