Thursday, September 27, 2012

aku dan gigi

hai, maafkan aku kerana agak emosional entry yang lepas..
aku ada konflik dalaman.. kecik saja.. sensorang pulak tu.. hilang waras kejap..
baru sikit diuji, melatah meraung bukan main.. itu lah aku.. ya allah...........

aku sakit gigi buat masa ni.. buat kerja tak boleh fokus langsung..berdenyut!
izinkan aku merapu saja di sini agar hilang sikit sakit-sakit..
gigi berlubang, gusi bengkak.. alahai
berbungkus ubat doktor bagi.. (ingatkan nak tampal ke cabut ke, $%#^@$%#$!)

last aku sakit gigi, cabut gigi dan tampal bagai tu masa sekolah rendah..
alhamdulillah.. dah berzaman..cuma dua tiga hari ini gigi meragam..
 salah sendiri sebab biarkan gigi
yang berlubang tu lama sangat.. entah-entah dah nak mereput.. takutnya...
aku paling seram bila kena jumpa doktor gigi.. sumpah! 
yang sekolah rendah tu pun sebab kena paksa..
bukan paksa.. kawan baru keluar jumpa misi lepas tu misi pas kad nama kita kat kawan tu
kawan tu dengan rasa bangga panggil pulak nama kita time tengah buat-buat tekun belajar..
padahal dalam hati tolonglah bukan nama aku kena panggil..
 lepas tu aku balik kelas semula dengan mulut penuh kapas sebab gigi kena cabut..
memang aku tak suka musim misi datang ke sekolah.. naik van putih kuning tu..

tak tahulah kenapa.. duduk je atas kerusi dia menggigil rasa.. 
tak kira lagi bila doktor tu dah start set up alat-alat dia.. ya ampun!
syukur sangat dia tak apa-apakan gigi aku tadi.. 
dan akibatnya, aku menderita sakit sorang-sorang..
sebenarnya doktor tu suruh datang semula minggu depan untuk x-ray..
tak sanggup rasanya.. tak nak pergi!!!! kang dia operate ke korek gigi ni macam mana..
tolong ya Allah semoga minggu depan terus sembuh..
maaf imaginasi aku terlalu melampau.. tapi aku tak ada keberanian..

ok lah.. sampai sini saja.. kononnya nak hilang sakit dengan berblogging
bertambah sakit rasanya sebab aku asyik imbas dan imagine entah apa-apa


p/s: esok aku akan ke keyelll.. harap-harap gigi tidak meragam.. kalau tak terpaksa aku senyum senget sebelah kepada orang-orang keyelll..

0 weirdo:

Post a Comment

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template