Sunday, October 31, 2010

aku ingin ke syurga..

kabare teman-teman?.. waraslah diharapkan.. baru saja baca blog teman aku yakni ceq jay.. sukanya dia kelantan menang.. apa pon tahniah ok, walaupon bukan dia yang main.. hehe.. hancur luluh hati aku saat kelantan menjaringkan gol kedua.. entah lah, mungkin aku sokong negeri sembilan kot.. tak nak membebel panjang-panjang.. marah pulak ceq jay nanti.. kang dia panggil red warriors bakar rumah aku pulak..hehe..

Actually ye, semalam juga aku sempat menonton cerekarama di tv3.. 'aku ingin ke syurga', lakonan mantap dari zamarul hisham dan arahan heykal hanafi.. menginsafkan!.. ada sesiapa yang tengok? kisah seorang anak yang Allah saja tahu perangainya.. ya ampun, apa yang dia tak buat? kaki pukul, kaki perempuan, kaki hutang dan segala kaki lagi.. turut mengetengahkan kesabaran seorang ibu menelan sikap anaknya itu.. sudah le rembat duit mak, pukul mak.. mujurlah drama.. kalau di realiti sudah dipanah petir agaknya.. namun tidak ke mana.. si anak menerima balasan dari perbuatannya.. di pukul oleh samseng-samseng sampai lidah dipotong.. 'kesian le pulak'.. akhirnya memohon ampun dari ibunya dalam keadaan yang agak dramatik.. si anak masih diberi kesempatan.. namun, si ibu di uji lagi kerana terpaksa menjaga si anak yang sakit, badan di tumbuhi kudis dan berulat.. mungkin balasan dari yang Esa di atas segala perbuatannya.. si anak akhirnya menghadap Illahi.. sewaktu jenazahnya di mandikan, kudis-kudis hilang dan tidak lagi berbau busuk.. badannya bersih.. kuasa Allah.. walaupon si anak ini jahat pada mulanya, di akhir hayatnya si ibu telah mengampunkan segala dosa-dosanya.. saban hari si ibu berdoa agar dosa-dosa anaknya di ampunkan.. malah si ibu juga tidak pernah menyesal melahirkannya.. si ibu juga sempat mengajar khalimah syahadah buat anaknya.. dan penggali kubur juga tidak merasa letih pada hari itu..

*keajaiban ini ingin disampaikan bahawa keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan ibubapa.. turut diselitkan sedikit tazkirah yakni selagi nyawa ada, selagi itulah pintu taubat masih terbuka.. mesej yang bagus aku kira untuk renungan bersama.. aku ingat lagi ayat yang berbunyi 'janganlah kita membuang masa mencari keaiban orang lain.. sebaliknya nilai diri kita sendiri.. nasib kita semua tidak sama di sana nanti..' kalau kat dalam cerita tu, orang kampung mencemuh keadaan si anak sampaikan meninggal dunia tiada seorang pon ingin memandikannya melainkan pak imam seorang..
ok.. setakat ini saja.. panjang berjela pulak kali ni.. maaflah, terlebih idea.. hehe..papai u all..

2 weirdo:

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template