Monday, September 27, 2010

pemilik hati Qarun..

haluuuuu!!!! sangat girang hari ini kerana sepanjang hari kelas di batalkan..
berseronok lah kamu sebelum tiba hari pembalasannya (final exam, ni yang malas ni)..
ok aku baru saja membaca blog teman aku.. ceqjay.. mengenai kurus.. haha.. kenapa aku ketawa? sebab aku pon sama spesies je dengan dia.. sangat setuju dengannya yakni orang kurus yang tidak sakit seperti kami memang kuat makan.. hairan kan?.. "jay, i pon pernah kena tegur sebab kurus ni.. selalunya kat rumah le.. kawan-kawan mak lah.. loh, mana pergi semua isi hang".. sengih sajalah.. bersyukurlah selagi kita sihat ye teman..

aku bukan nak kupas mengenai topik kurus.. aku bukan pakar kesihatan atau doktor.. teringatkan buku yang aku baca semalam.. amat tertarik dengan tinta penulis Pahrol Mohd Juoi.. ingin aku ingatkan diri sendiri yang masih alpa mungkin..izinkan aku taip sikit petikannya..

'kekayaan sebenar bukanlah kerana 'memiliki' sesuatu.. kekayaan sebenar bila tidak 'dimiliki' oleh sesuatu.. justeru, Allah itulah zat yang Maha Kaya.. Allah itu Maha Kaya kerana Dia tidak memerlukan segala sesuatu, sebaliknya segala sesuatu yang memerlukan Dia'.. sambung beliau lagi,
'begitulah manusia.. jika inginkan kekayaan sejati, kurangkanlah keinginan terhadap dunia dan manusia lain.. bukan dengan meningkatkan keperluan dan keinginan kepada keduanya'..

aku akui, memang diri ini sering lupa.. setuju dengan penulis.. dulu,aku pernah menjerit kerana tidak cukup.. tapi, kini aku menjerit kerana ingin lebih.. apakah esok aku akan terus menjerit kerana tidak puas.. wahai diri, milikilah kematangan rasa! ampunkan aku Tuhan, aku tidak mahu menjadi pemilik hati Qarun.. tidak sama sekali!

2 weirdo:

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template