Wednesday, August 11, 2010

sahur itu..


Alhamdulillah melangkah juga kita ke bulan Ramadhan..
aku teringat pula tentang tajuk di sebuah tabloid terkenal yang aku sempat baca beberapa minggu lepas yakni andai ini Ramadhan yang terakhir buat kita..
perasaan aku waktu itu? mesti le sedih, takut dan insaf.. tapi sejauh mana keinsafan itu.. semoga Ramadhan kali ini membawa seribu makna dan keberkatan buat aku dan teman-teman.. Amin... Bangun sahur tak pagi tadi?.. hehe.. Bangun le walaupon hanya minum seteguk air.. err aku lebih menasihatkan diri aku sebenarnya.. yelah kalau dekat rumah ada mak yang tolong kejutkan.. bila di sini mengharapkan jam dan teman-teman untuk saling bangun membangun.. hmm nak selitkan apa pulak ye kali ni.. cakap tentang bersahur nak?

*sahur dalam erti kata yang sebenar ialah makan selepas waktu tengah malam atau dinihari sebelum terbit fajar bagi umat Islam yang berpuasa di bulan Ramadhan atau bulan-bulan yang lain..

*sebenarnya waktu sahur itu bermula sebaik saja masuk 2/3 malam (3am) dan berlarutan sehingga sebelum terbit fajar.. hmm macam maksud kat atas jugak kn..

**lagi satu, orang yang makan sebelum masuk waktu pertengahan malam tidaklah dikatakan bersahur tetapi cuma makan biasa saja dan tidak ada baginya pahala sunat bersahur.. (owh! i must take notes !)

banyak lagi sebenarnya tentang sahur ni.. macam biasa info yang aku dapat ni dari majalah kegemaran aku..

"makan sahur itu berkat, oleh sebab itu jangan kamu meninggalkannya walaupon salah seorang daripada kamu hanya meneguk seteguk air. Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang bersahur."
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

-untungnya orang yang bangun sahur.. Allah dan para malaikat-Nya siap berselawat lagi ke atasnya.. mudah-mudahan aku dan teman-teman termasuk dalam golongan yang bangun sahur..

0 weirdo:

Post a Comment

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template