Tuesday, August 10, 2010

must read

hari ini aku rasa ingin merapu tentang topik tidur..
orang lain sibuk membicarakan Ramadhan yang akan tiba..
InsyaAllah esok kita akan menyambut 1 Ramadhan.. kenapa aku bercerita
tentang tidur sebab kebelakangan ini aku sering mengisi masa terluang aku dengan tidur.. pelik juga walaupon aku dah tidur berjam-jam tapi bila bangun masih lagi terpist-pisat.. tidur yang tidak berkualiti agaknya.. aku tidak mahu Ramadhan yang bakal yang menjelma nanti hanya dihiasi dengan 'ibadah' tidur..jadi, aku ingin berkongsi input yang aku perolehi dari majalah kegemaran aku mengenai tidur yang sihat dan berkualiti .. mudah-mudahan tips yang sedikit ini dapat dijadikan nota buat aku dan teman-teman..

tidur di siang hari pon mempunyai risiko tersendiri, antaranya:
-boleh mendatangkan penyakit kulit
-merosakkan warna kulit (patut le kulit aku kusam saja)
-memberi kesan pada jantung
-menambah tekanan perasaan (patut le bila bangun rasa tension saja..hihi)
-melemahkan kecerdasan akal (alamakkk...)

rasa lesu pulak lepas bangun tidur.. kenapa ye? di sini tips untuk mengindarinya:
-bersihkan tubuh terutama pada bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur
* ambil wuduk jelah terus, lagi berkat*
-elakkan dari tidur lewat malam (tak perlu stay up..haha)
-lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah terjaga dari tidur (mengeliat kira aci tak?)
-ambil wuduk dan solat subuh (wajib ye)

selama ni kita tidur macam mana ye.. main hentam sajalah kan asal selesa..
tak boleh, ada panduannya:
-posisi tidur yang terbaik menurut kajian sains ialah menghadap ke kanan dengan kepala menghadap ke utara dan kaki ke selatan. Bahkan Rasulullah juga pernah menganjurkan kepada para pengikutnya supaya tidur berbaring pada sisi tubuh bahagian kanan.

*terlalu kerap tidur pada posisi menghadap ke kiri boleh menghimpit jantung sehingga boleh menimbulkan gangguan perjalanan darah ke otak. (boleh menyebabkan nightmares).

*jangan dilupakan ayat Al-Quran juga memberi mukjizat untuk mendapat kualiti tidur yang sihat. Rasulullah menggalakkan umatnya membaca surah Kursi sebanyak tiga kali sebelum tidur. InsyaAllah, mendapat perlindungan daripada Allah terhadap godaan syaitan..

di sini saja ye.. bercerita tentang tidur, mata aku pulak rasa mengantuk.. tapi kan tak elok tidur siang.. *wink2*

0 weirdo:

Post a Comment

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template