Monday, August 16, 2010

bonggol unta?

salam teman-teman... baru-baru ini, aku ada baca majalah dan info yang aku dapat itu amat menarik dan berguna.. atas permintaan teman-teman aku, aku masukkan di sini agar kita semua dapat berkongsi ilmu yang sedikit ini.. ianya mengenai dua golongan penghuni neraka.. sebelum itu renungkan hadis ini yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitab sahihnya, hadis no: 2128, Rasulullah SAW bersabda:

“terdapat dua golongan penghuni neraka yang saya tidak akan jumpa: (pertama) orang yang memiliki alat pemukul seperti ekor lembu yang mereka menggunakan untuk memukul orang dan (kedua) wanita yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung lagi mencenderungkan . Kepala mereka seperti bonjol unta yang condong ke sebelah. Mereka tidak memasuki syurga dan tidak akan menghidu baunya sekalipun bau syurga itu dapat dihidu dari jarak yang sekian-sekian.”

Apa yang aku ingin kongsikan mengenai sanggul seperti bonjol unta..sebenarnya aku baru tahu tentang bonjol unta, yakni mereka yang mengikat sanggul di belakang kepala dengan menonjolkannya ke atas.. tred yang digelar sebagai “sanggul arab.” memang nampak seperti perkara kecil saja.. namun, jangan di ambil mudah perkara ini.. kadang-kadang kita tidak sedar pon yang kita telah melakukannya.. mula-mula aku agak konfius tentang sanggul arab ini.. selepas membaca dan teman-teman aku memberi penjelasan baru aku faham.. kalau kita perasankan sekarang seperti sudah jadi tred perempuan membuat sanggul yang tinggi dan besar di atas kepala.. walaupon kita bertudung, tetapi sanggul itu tetap ketara kelihatannya..
penting untuk dibezakan bahawa hadis di atas bukan bermaksud mengharamkan sanggul. Wanita yang berambut panjang boleh bersanggul, dengan syarat sanggul itu diikat di belakang dengan menyondong ke bawah. Apa yang diharamkan ialah sanggul yang diikat dengan menyondong ke atas seperti bonggol unta. Oleh itu, sama ada bertudung atau tidak, hendaklah dijauhi fesyen sanggul arab..

baiklah, setakat ini saja.. aku harap penerangan yang tidak seberapa ini dapat difahami.. kalaupon masih kekaburan, bolehlah bertanya kepada meraka yang lebih arif.. mudah-mudahan aku dan teman-teman menjadikannya iktibar dan panduan..

0 weirdo:

Post a Comment

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template