Wednesday, March 30, 2016

Aku dan jawapan sebuah kehilangan

Assalamualaikum people..

Bagaikan mati hidup semula. Bukan aku tapi blog ni. Hampir dua tahun aku tak menulis dan aku turut hebahkan pada alam maya kononnya itu last entry aku. Ya ampun tiba-tiba aku buat comeback. Tu siap bagi salam lagi. Tajuk pun nak gempak belum apa-apa. Sepanjang aku menghilang, aku pernah terfikir nak menulis balik tapi biarlah masa yang sesuai dan bila aku benar-benar bersedia. Dengan harapan penulisan aku lebih matang dan bermakna. Macam poyo. Lantaklah. Ok kantoi tak matang-matang pun. Ayat tetap lintang pukang!

Aku ada di sini bukan menyorok dekat gua atau apa. Dulu aku masih pelajar. Jadi aku dilemma samada mahu menulis thesis atau menulis blog. Sebagai pelajar yang berdedikasi haruslah aku pilih thesis. Tuhan saja tahu lepas tu (@_____@).

Aku tak ada instagram mahupun twitter. Facebook pun tenggelam timbul. Aku sendiri tak faham kenapa aku tak terjebak dengan dunia maya tersebut. Penyakit ke apa aku ni? Jadi berbekalkan secebis blog ni sajalah dengan harapan kawan-kawan tahu yang aku masih wujud. *Touching sensorang (T______T)* 


Aku sendiri tak pasti kehidupan aku berubah atau tak. Yang pasti masih hambar walaupun dah bekerja sebab aku masih berjauhan dengan keluarga. Kufur nikmatkah aku? Memang homesick aku tiada ubatnya. Kalau tahun sebelum ni aku meronta-ronta dengan azam itu ini, tapi untuk 2016 aku tak brainstorm pun cari azam. Sebab aku rasa nikmat apa lagi yang aku dustakan. Setelah dianalisis dan dikaji cukuplah sekadar self-love tema tahun ini. Bajet sangat sampai buat research. Ok sampai sini dulu. zzZZZzzz





Take care and be good people! 




0 weirdo:

Post a Comment

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template