Aku cuba imbas kembali percutian aku dan teman-teman ke Sabah itu hari. Sudah sebulan lebih. Aku, jumi, og dan kilah. Mengenangkan kilah suruh aku tulis pasal percutian ni, tak sampai hati pulak nak abaikan. Sweet escape bermula. Percutian selama 4 hari 3 malam. 2 malam di Kota Kinabalu dan 1 malam di Kundasang. Kalau boleh seminggu lagi best. Tapi takut balik kena bom dengan bos terutama mereka yang kerja. Aku dimaafkan sebab masih study (^__^)//
Safely arrived
Syukur sebab kawan kilah baik hati menjemput kami berempat di airport. Budget sudah jimat di situ hehe. Kebetulan kilah si workaholic nak bagi apa entah berkaitan kerja jugaklah dekat kawan dia tu kalau tak jangan harap rasanya. Luggage dia yang besar alam tu penuh dengan barang kerja. Besi pulak tu. Syukur jugak sebab dia siap bagi pinjam kereta walaupun kereta company.
Untuk menghilangkan pening lalat, kami singgah makan di Suria Sabah dulu. Menurut sumber orang sana anggap Suria Sabah tu macam Suria KLCC (*__*????
Kami tinggal di Promenade Service Apartment. Lokasi yang agak strategik. Kami sempat jalan-jalan di pasar Philippine (rasanya nama market tu) dan menikmat sunset. Memang penuh dengan orang siap set up kamera untuk rakam matahari terbenam. Kami pun tidak mahu melepaskan peluang.
Minum dulu bahhhh
Bila dah puas ambik gambar sana-sini, matahari pun terbenam, kami mencari jalan pulang. Sebagai kenangan lagi kami menerima surat saman. Saguhati akibat parking semberono di bulatan ikan (pak cik polis tulis bulatan ikan) sebab excited nak tengok matahari. Namun tidak mematahkan semangat kami untuk meneruskan perjalanan yang ada. Sambil berlagak cool "dah agak dah kena saman punya". Sampai sekarang aku tak pasti kes saman tu dah setel ke belum. Aku harap sangat kilah setelkan sebab kereta company kot. Tak pepasal masuk penjara pulak.
Bulatan ikan kat belakang tu. Muka bahagia sebab tak tahu kena saman lagi.
Will be continued..
XOXOXO
0 weirdo:
Post a Comment