Haritu masa balik rumah aku feeling nak keluar sorang-sorang. Macam best je belek-belek baju lepastu masuk kedai buku. Konon tak nak nampak macam forever alone, aku angkut adik yang darjah 1 temankan. Bila dekat Popular aku cuma jeling novel dari jauh sebab adik sibuk nak buku itu ini. Aku terpaksa belek buku cerita kanak-kanak, color dan arghhh entahlah. Can you imagine a kid crying, following you, asking you for a book? Untuk mengelakkan drama aku layan jelah dunia dia. Aku masuk Hasani pulak. Saja nak tengok novel apa ada. Baru je nak pegang novel, adik heret aku pergi tolong pilih puzzle kat depan. Tuhan! apa yang tak cukup lagi ni. Siapa teman siapa sebenarnya..
Beberapa hari lepas aku pergi MPH. Baru ada masa untuk diri sendiri belek buku. Terus terang aku sekarang hangat-hangat tahi ayam. Beria beli lepas tu dah separuh tiba-tiba tak ada mood nak baca habis. Kenapa entah. Teman aku cakap "memang lah tak habis sebab asyik beli novel tak best jer". Aku tak rasa macam tu. Memang taste aku lain sikit tapi dulu habis je baca siap khatam lagi. Pada firasat aku ni mesti kes pertambahan usia. Takpun keliru dengan hobi sendiri mungkin. Takkan lah aku kena dissociative identity disorder pulak. Tak nak menghampakan diri sendiri aku beli jugak novel. Susah jugak nak pilih sebab aku dah tak tahu cerita apa yang aku nak (T__T)

Teman aku setuju sangat bila aku nak beli novel tu sebab Makcik Rahimah tu nama mak dia (*__*?? Setakat ni kelakar dan thumbs up lagi. Lambat atau cepat aku kena habiskan jugak. Dan aku makin keliru nak baca journal ke baca novel. Berambusss kau identity disorder!
"Everyone is a reader.. some just haven't found their favorite book yet"
0 weirdo:
Post a Comment