Salam Jumaat. Bila Jumaat saja ada lah benda nak tulis. Bagus jugak kalau aku tukar Aku Bukan Novelis kepada Aku Bukan Jumaat. Tengah aku seronok taip ni tetiba ada suara sedap berbisik syahdu "can we fall one more time? stop the tape and rewind...." melayang sekejap. Cehhh mamat one direction rupanya tengah menyanyi kat telinga aku. Saja iklan. Sekarang baru nak mula cerita jumaat aku.
Dua tiga kali dah aku pergi Popular dan belek buku yang sama. Maknanya aku tak beli pun. Memang aku suka penulis tu, Haiza Najwa. Tapi aku malas nak beli walaupun dalam hati dilanda badai nak baca. Aku tak ada masa sekarang. Setakat cuti lima enam hari cukup untuk balik kampung main dengan kucing. Novel yang aku beli dulu pun tak sampai sepuluh muka surat aku baca.
Aku suka novel-novel Haiza Najwa sebab unik. Tak adalah asyik nak kahwin paksa je memanjang. Tapi Jangan Ganggu Lenaku aku tak habis baca pun kekeke. Minat konon. Sebab macam psiko sikit aku rasa.
ni lah novel yang aku pegang tapi tak beli-beli pun |
Have nice weekend people!
0 weirdo:
Post a Comment