Friday, May 10, 2013

first stage itu



Salam Jumaat. Walaupun aku dah balik rumah sekejap haritu, aku masih lagi homesick. Itu lah aku. Balik salah, tak balik lagi salah. Bagilah cuti banyak mana pun tak pernah puas.


boleh tak aku jadi supir je.

Sebelum balik rumah yang kononnya untuk tenangkan fikiran, aku dan teman-teman telah menghadapi first stage yakni viva untuk proposal. Presentation yang paling scary pernah aku alami. Betul tak tipu.

Aku present di hadapan lima orang pensyarah. Elehh tu pun nak kepochii. Apalah sangat. Saja aku nak kongsikan apa yang aku rasa masa tu. Dua panel, sorang pengerusi majlis dan dua lagi supervisor aku. Aku lebih rela present tanpa kehadiran supervisor. Bajet. Bukan, entah lah. Tapi diorang datang jugak konon memberi semangat. Aku siap tanya lagi " alaaaa kenapa Dr datang?!"..
Kufur nikmat kah aku.

Sesi soal jawab aku keliru samada aku dekat mahkamah atau bilik taklimat fakulti. Aku terkapai-kapai jawab soalan. Supervisor pulak selamba main henfon. Bagi semangat lah sangat. Sampai lah satu saat bila jawapan aku dah sampai jalan mati, akhirnya panel mintak supervisor aku tolong jawab. OMG!!! dalam hati aku sudah..masaklah aku kejap lagi. Selesai akhirnya tanpa berlaku pertumpahan air mata lebih kurang sejam setengah. Elok lah, sikit lagi aku nak pengsan.

Lepas present, siapa kata lega. Aku tak rasa lega. Aku rasa down to oblivion. Sampai dua tiga hari jugak lah (2,3 hari je). Biasalah sekejap je insaf. Rasa macam-macam. Malas nak buat apa-apa. Tu yang aku lari balik kampung. Kata-kata perangsang dari supervisor jugak sudah tiada makna lagi saat itu. Sekarang aku dah ok. Aku dah back on track. Dah boleh pergi pesta konvo dua tiga kali.Wakaka


Eeeuuwwww
Doakan aku teman.



0 weirdo:

Post a Comment

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template