Kami membesar bersama, sebagai jiran. Jarang bertegur sapa, tapi arwah mak aku menghormati keluarganya kerana mereka adalah keluarga India vegetarian, hanya makan sayur. Jadi tidak timbul soal halal haram apakala mereka menghulurkan sepinggan muruku kepada keluarga aku setiap kali tiba hari perayaan mereka. Dan begitu juga, apabila tiba Aidilfitri, arwah mak akan menghulurkan sepinggan kuih untuk keluarga mereka. Lain-lain hal, aku tidak tahu bagaimana kerana aku jarang dengar perbualan mak. Kalau aku pasang telinga, mak mesti kata aku penyibuk, sudahnya aku buat hal sendiri. Tapi... seberkas sepi, masih di situ...
Aku ada seorang kakak dan tiga adik. Aku anak kedua, semua kata anak kedua bersifat rebel, menyendiri, berahsia, boleh diharap dan apa lagi. Dia pula aku kira anak bongsu. Kerana aku tidak pernah lagi melihat ada budak lain selepas dia. Oh ya, dia ada tiga kakak dan seorang abang, semuanya berjawatan tinggi dan kahwin di luar negara. Aku tahu sebab dia yang bercerita. Yang aku tahu juga, dia menjaga emaknya dan dia anak yang baik. Setiap hari dia masak untuk emaknya, menjaga emaknya sebaik mungkin, ya dia anak yang mulia.
Suatu hari..."Selamat pagi...tak pergi kerja?" Dia menegur aku dari pagar sebelah. Aku ketika itu sedang menyidai kain selepas siap membasuhnya sebentar tadi.
"Saya cuti, kakak balik petang nanti, nak masak untuk mereka..."
"Owh..masak apa? Awak mesti pandai masak kan?
"Biasa-biasa saja..."
"Awak pun, masak juga untuk mak awak kan?"
"Ya...masak yang biasa-biasa saja juga..."
Suatu hari..."Selamat pagi...hari minggu hari ni. Tak ke mana-mana?" Dia menegur aku sambil membersihkan longkang yang memisahkan laman tepi kediaman kami. Ada pagar hijau menjadi pembahagi kawasan dan di tepi-tepinya ada pokok cili, pandan, serai dan beberapa pokok herba lain.
"Tak, saya lebih suka duduk rumah..."
"Tak sunyi ke?"
"Dah biasa...sejak dulu. Lepas mak meninggal, saya terus duduk rumah ini walaupun kakak ajak duduk di pekan..."
"Owh..."
Suatu malam...Aku duduk di pangkin kayu tepi dapur menikmati cahaya bulan. Bulan 15, cahaya penuh memancar. Sambil menghirup teh panas, enak juga mengira bintang..
"Hai...dah makan malam? Kakak tak balik ke hari ini...?" Dia muncul dari pintu dapurnya sambil menyidai beberapa helai kain di pagar rumah.
"Tak...eh nak minum teh? Jemput, saya ada buat kek petang tadi... jemput minum. Sekejap saya ambil kunci pagar..."Aku buka mangga kunci pagar dan dia hampiri duduk di pangkin. Di hadapan kami ada meja kecil, muat untuk dua cawan dan sepiring kuih.
"Mak awak dah tidur?" Aku tanya dia.
"Dah, saya dah bagi dia ubat. Tak sunyi ke duduk sendirian..." dia tanya aku.
"Tak...banyak perkara saya buat. Membaca, mengemas, siangnya bekerja, hari minggu buat kek...ini kek saya buat petang tadi. Saya makan seorang...jemputlah makan."
"Terima kasih...sedap."
Dia makan perlahan-lahan sambil menghirup teh.
"Saya masuk dulu.."
"Okey. Selamat malam."
"Okey...selamat malam juga. Jangan lupa kunci pagar.."
Bulan jadi saksi, matahari juga adalah saksi, pokok cili, pokok pandan, kelicap dan murai kadang kala jadi saksi, angin pun jadi saksi, awan apatah lagi, kerana dia suka awan. Semuanya jadi saksi persahabatan kami yang kian ampuh. Persahabatan yang kemudian bercambah sedikit tunas rasa. Membawa beda kepada sebuah rasa asing yang menenangkan, terkawal dan selesa dalam khutub khanah jiwa kami.
Hujan turut jadi saksi perasaan kami kala berpapasan di pagar. Aku sudah tidak mengunci lagi pintu pagar yang memisahkan kami. Kerana apabila hari hujan, kain yang aku sidai selamat di dalam bakul bertutup dengan plastik. Dia tolong selamatkan kain itu dari air hujan. Dan kadang kala, kasut sukannya kering sebab aku sentiasa memastikan hujan tidak membasahkan kasut kepada sepasang kaki yan gemar berlari itu. Dia gemar berlari, untuk menghilangkan sepi katanya.
Wajarlah dia perlu mempunyai tubuh badan yang sihat, kerana katanya dia ingin hidup lama. Dia tidak mahu menyimpan seberkas sepi yang sudah lama disimpannya. Tugasnya sebagai pengamal undang-undang membuatkan dia sibuk di mahkamah dan tidak sempat bersukan, jadi dia sering mengambil masa sekitar jam 5 pagi untuk berlari sekitar daerah tempat kami tinggal dan pulang awal pagi, bersiap untuk ke tempat kerja. Aku sudah tahu kerana dia sudah memperincikan segalanya pada aku. Dia berlari untuk menghilangkan sepi. Kerajaan kasih sayang itu sudah menakluk banyak kawasan dalam daerah hati sepi kami. Kalau dulu banyak ruang sepi dalam hati, tapi kini ruang sepi sudah ditakluk kasih sayang. Namun, masih ada lagi ruang sepi itu...selagi dia tidak mengucap dua kalimah syahadah, sepi itu masih ada dalam hati aku dan begitu juga dia. Dia tidak boleh memiliki aku selagi dia tidak melafazkan ucap suci itu...
Tidak cukup dengan pertemuan di sebalik pagar kala berpapasan, aku memanjangkan bicara menerusi SMS dan Skype. Kadangkala dia sengaja membuka sedikit bilah-bilah cermin tingkapnya supaya aku tahu dia belum tidur. Nakal juga dia, tapi aku suka sikap nakalnya yang mahal itu. Bukan selalu pun dia membuka tingkap itu. Mungkin ketika dia membiarkan tingkapnya terbuka itu, dia ingin melepaskan resah sepinya pada aku menerusi ruang udara yang mengalir masuk ke dalam ruang rumahku juga. Pada suatu hari, aku terpaksa ke luar daerah...tugas mengheret aku ke mana saja. Kami bertemu di lokasi biasa, sambil menikmati secawan teh panas, manakala dia membawa sendiri segelas susu panas dari dapurnnya.
"Berapa lama ke luar daerah...?" Sayu saja suaranya.
"Seminggu...tak lama lah." Aku jawab, juga sedih sebenarnya.
"Jaga diri...saya akan sepi kelak..."
"Saya juga...jangan berlari ketika saya tiada. Boleh?"
"Saya sepi, saya perlu berlari...bila berlari, saya tidak akan berasa sepi lagi.."
Kalau itu yang terbaik. Hati-hati berlari...dah beli kasut sukan baru kan?"
"Ya..saya akan terus berlari..kerana awak di sisi saya. Dalam tidur, dalam jaga..." Dia senyum sambil hirup susu panas.
"Saya pun sepi, kalau awak tiada di depan mata...masa ini amat berharga. Esok bila awak tiada, teh, pangkin kayu, bulan dan cengkerik akan lihat saja saya minum teh tanpa awak..."
"Sepi kan...kita berkongsi sepi. Awak balik nanti saya ada kejutan untuk awak..."
Aku ke luar daerah, dia meneruskan kerja, sambil berlari menghilang sepi. Kesibukan membuatkan aku tidak menelefon dia. Emelnya tidak sempat dibuka, tapi sepi aku terisi kerana menerima SMS dari si dia setiap hari. Tiga kali sehari tanpa gagal, berpesan supaya aku menjaga diri, menyimpan seberkas sepi untuknya dan dia mahu aku tabah...aneh!
Seminggu ke luar daerah, aku balik ke rumah. Sepi bergayutan di mana-mana. Memandang ke rumahnya di sebelah, ada sepi yang bermaharajalela...sepi menguasai keadaan. Aku pujuk hati supaya jangan sepi. Selepas solat Isyak, aku buka komputer untuk baca emelnya yang sudah dua hari tidak aku balas. Rindu bergentayangan...
"Berapa lama ke luar daerah...?" Sayu saja suaranya.
"Seminggu...tak lama lah." Aku jawab, juga sedih sebenarnya.
"Jaga diri...saya akan sepi kelak..."
"Saya juga...jangan berlari ketika saya tiada. Boleh?"
"Saya sepi, saya perlu berlari...bila berlari, saya tidak akan berasa sepi lagi.."
Kalau itu yang terbaik. Hati-hati berlari...dah beli kasut sukan baru kan?"
"Ya..saya akan terus berlari..kerana awak di sisi saya. Dalam tidur, dalam jaga..." Dia senyum sambil hirup susu panas.
"Saya pun sepi, kalau awak tiada di depan mata...masa ini amat berharga. Esok bila awak tiada, teh, pangkin kayu, bulan dan cengkerik akan lihat saja saya minum teh tanpa awak..."
"Sepi kan...kita berkongsi sepi. Awak balik nanti saya ada kejutan untuk awak..."
Aku ke luar daerah, dia meneruskan kerja, sambil berlari menghilang sepi. Kesibukan membuatkan aku tidak menelefon dia. Emelnya tidak sempat dibuka, tapi sepi aku terisi kerana menerima SMS dari si dia setiap hari. Tiga kali sehari tanpa gagal, berpesan supaya aku menjaga diri, menyimpan seberkas sepi untuknya dan dia mahu aku tabah...aneh!
Seminggu ke luar daerah, aku balik ke rumah. Sepi bergayutan di mana-mana. Memandang ke rumahnya di sebelah, ada sepi yang bermaharajalela...sepi menguasai keadaan. Aku pujuk hati supaya jangan sepi. Selepas solat Isyak, aku buka komputer untuk baca emelnya yang sudah dua hari tidak aku balas. Rindu bergentayangan...
"Assalam...sepi? Tidak lagi bukan? Saya sudah buang sepi jauh-jauh. Saya sudah memutuskan untuk menguburkan sepi itu...membungkusnya dengan kemas, letakkan ke sisi...kerana sepi saya sudah terisi. Saya sudah membuat keputusan untuk menguburkan sepi saya pada kehidupan seorang Joseph Gunalan kepada seorang Yusoff Abdullah. Saya sudah melakukannya... ada masa dan ketika nanti kita selesaikan segala-galanya. Dengan izin Allah, saya ingin teruskan hidup dengan awak di sisi... kalau dulu rumah awak di sisi rumah saya.. kini awak di sisi saya... kita simpan seberkas sepi itu ya.
Salam Yusoff."
Itulah, emelnya kepada aku yang membuatkan adrenalin aku mengembara dengan laju pada segenap ruang sepi dalam kerajaan hati. Ketika aku sedang menaip emel balas...ada ketukan di pintu.
"Ya..selamat malam..?"
"Cik Wardatul Aini, ada bungkusan untuk Cik, dari adik kami. Yusoff... dia meninggal pagi tadi, meninggal dunia akibat dilanggar kenderaan ketika balik dari jogging. Jenazahnya sudah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara...ada beberapa barang lagi dalam rumah kami yang perlu Cik Wardatul ambil. Marilah.."
Kakaknya menarik tangan aku menapak ke pintu dapur rumahnya. Aku seperti hilang kata. Memasuki rumahnya ada sepi..
"Inilah bilik Yusoff, bukalah almari itu..ada hak milik Cik Wardatul di dalamnya." Aku masuk, menapak dan melangkah. Kubuka almari ukir itu. Ada senaskhah Al-Quran, beberapa buku agama dan satu fail bertulis tangan di luarnya: Untuk Cik Wardatul Aini, semoga sepi kita akan terisi.
Kubuka fail berkenaan. Dia mencetak semua email aku kepadanya, email dia kepada aku, semua sms aku kepadanya dan segala kertas dan kata-kata yang aku ucap ada terakam dengan bersih dan kemas. Sekeping sijil pengesahan daripada Jakim juga ada dikepilkan. Dia, Yusoff yang aku sayangi sampai bila-bila. Ketika aku melangkah keluar dari biliknya, menuju pintu dapur rumanhya untuk balik ke rumahku, sepi menguasai cakerawala...bergentayangan di angkasa.
Ahh...sepinya hati! Yusoff, yang sangat baik hati dan penyayang, aku sayang kamu. Akan aku simpan seberkas sepi di dalam kamarmu di dalam hati aku sampai bila-bila.
Oleh Puteri Orkid#Lisa#27-March
0 weirdo:
Post a Comment