Thursday, February 28, 2013

malin tak kuundang


Sempena jumaat yang aku nanti, izinkan aku berkongsi kisah waktu di asrama dulu-dulu. Bagaikan satu sumpahan masa tu. Bila musim exam pertengahan atau akhir tahun mesti akan ada kejadian ini. Sekali-sekala saja. Tapi........

Apa yang aku dan kawan-kawan perasan, bila malapetaka tu berlaku mesti malam tu kami mengantuk sangat. Balik study, terus campak beg, kemas halai balai dan tidur mati *bajet kena pukau*. Esoknya, jika yang menjadi bendahari kelas dan ada pulak yang bermain kutu akan menangis sebab duit hilang. Malapetaka yang aku maksudkan adalah kecurian. Memang tempat letak beg dan buku-buku di luar yakni di meja study masing-masing. Agak terbuka dan mudah diceroboh. Mungkin mereka lupa nak simpan baik-baik. Aku pun kadang-kadang macam tu. Bukan duit saja, kasut sukan, kalkulator, dan entah apa-apa lagi turut dikebas. Memang selerak dan haru biru. Sebagai budak hingusan lagi masa tu dalam kepala asyik fikir kerja hantu takpun halimunan. Mulalah tidur rapat-rapat katil, tak pun satu katil dua orang.

Bila mengadu dekat warden merangkap ustaz di sekolah, beliau dengan yakin itu memang kerja pencuri. Tak tahu malaun mana yang penting bukan di kalangan budak asrama. Warden syak penagih dadah. Kebetulan asrama berhampiran dengan hutan kelapa sawit. Mungkin markas mereka di situ. Baik mereka rompak bank lagi berbaloi.

Setiap kali kejadian yang aneh-aneh macam tu warden pasti ingatkan kami dua benda. Amalkan setiap malam sebelum tidur.

1. Berwuduk
2. Baca surah Al-Mulk

Tapi biasalah, seminggu dua saja berkobar-kobar ambik wuduk sebelum tidur. Setiap bilik pulak akan kedengaran alunan surah Al-Mulk secara berjemaah. Lepas semua kembali normal wuduk ke mana, ngaji ke mana.

Bila jadi balik, mengadu lagi dekat warden, maka beliau dengan lantang "baca surah Al-Mulk tak tiap-tiap malam?" Surah kesayangan beliau. Betul jugak takkan nak tunggu malin atau hantu datang baru terketar-ketar nak baca.


 


p/s: jum dan selamat beramal :)

0 weirdo:

Post a Comment

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template