Wednesday, January 23, 2013

aku dan latihan kebakaran

Balik rumah kali ini, aku akan melawat adik di asrama. Tak ada yang menarik pun. Cuma setiap kali ke sini aku bagai terbayang-bayang zaman hingusan aku dulu. Bajet dah besar sangat le sekarang. Ahh cepatnya masa. Tapi, satu-satunya kenangan yang tak mungkin aku lupa di situ, ya sampai sekarang yakni Latihan Kebakaran yang pernah membuatkan publisiti aku gila naik mendadak.

Aku tidak tahu kenapa warden beria benar nak buat latihan kebakaran masa tu setelah bertahun lamanya. Masa raw call (perhimpunan wajibangunnah setiap hari) warden mengingatkan yang entah kali ke-berapa yang malam tu dia akan buat fire drill. Bagaikan amaran dan peringatan, dia suruh semua orang alert. Ingat heran sangat lah.

Maka bermulalah disaster dalam hidup aku. Lepas habis waktu study malam, pukul 11 dah kena tutup lampu. Aku pun macam biasa dah kemas-kemas, terus tidur. Aku memang terlupa langsung pasal fire drill. Susah lah kalau aku tak ada mind set apa-apa event, memang aku tidur mati. Gila mati sampai loceng bunyi pun tak sedar. Aku tak tahu masa bila kawan-kawan aku terjun katil lari pergi tempat perhimpunan. Yang pasti aku enak dibuai mimpi. Padahal azab menanti. Pukul 1.30 pagi baru masa tu.

Aku celik saja mata ada 4 orang kawan dekat katil. Aku pun tanpa rasa bersalah, "kenapa ni?".. sambil gosok-gosok mata, mengeliat bagai. Hairan jugak aku masing-masing macam nak makan aku. 
Terus aku  kena jerkah dekat situ "noin, cepat lah! Ko dah jadi budak hangus ni. Ko lupa ke fire drill? kalau macam ni bom jatuh pun belum tentu ko sedar!" Aku terus tegak. Ya Allah! Macam mana ni. Aku memang tak sedap hati dah sebab sunyi sepi. Confirm aku sorang je yang terbabas ni. Aku tak tahu rupa aku macam mana, baju apa yang aku pakai masa tu, memang messy amat. Selipar pun kawan aku yang tolong cari. "Boleh tak aku tak nak keluar, malu" tu jelah yang mampu aku cakap. 
"jangan nak mengada-ngada, warden suruh cari ko kot. Cepatlah semua tengah tunggu ko". Memang nak pengsan masa tu. "Kenapa korang tak kejut aku?" sikit lagi memang menangis. "Ko yang tidur mati". Memang salah aku.

Berjalan menuju ke tempat berkumpul macam nak kena hukum gantung. Semua orang pandang. Tak ada siapa nak jadi budak hangus. Takdir memilih aku. Jatuh reputasi aku sebagai pelajar form 5. Form 5 ok jadi budak hangus, kalau form 1 boleh ampun lagi. Warden pun start le kata-kata aluan dia "ok mangsa kebakaran kita dah pun berjaya dikeluarkan. Ni dia. Mujur sorang saja". Kononnya macam real lah. Aku dikira arwah dekat situ. T_T 
Aku dah nampak ada yang tersengih-sengih nak cakap aku tidur mati lah tu sampai budak laki pun kalah. Aku harap peristiwa tu sampai di situ saja.

 Memang tak. Macam-macam gelaran aku dapat lepas tu. Roh, mayat hidup, budak terbakar,.. malas lah nak sebut. budak-budak junior pun join sekaki. Tak boleh harap langsung. Lalu saja tepi kelas aku, dengar lah suara-suara sumbang memanggil. Satu hal pulak yang tak duduk asrama tercari-cari "siapa roh?", "mayat hidup?", "apasal diorang panggil ko roh berjalan?" kawan-kawan aku yang terlebih peramah mulalah bukak kedai kopi. Mahu saja aku lenyap dari situ.

Itulah kisah aku. Bila dikenang balik, tak tahulah kenangan pahit ke manis. Orang lain dengan kenangan pelajar terbaik tapi aku mangsa kebakaran. ahhh trauma!


kalau dah tidur mati, jangan berangan nak buat semua ni.. baik buat wasiat saja.. 





0 weirdo:

Post a Comment

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template