Thursday, May 10, 2012

kewarasan

hai gojesss!
kebelakangan ini aku seperti ada yang tidak kena (macam tak kena saja ayat ni)
makan tak kenyang, mandi tak basah dan tidur pun tak lena saja...
dalam dilema gitu...
mungkin salah satu sebab laptop yang rosak tak elok-elok lagi..
separuh jiwaku pergi jugak lah...
http://www.emocutez.com
malas lah nak sebut, kan dah nangis.. menci menci!

oh ya! pesta konvo baru je lepas... semestinya aku dan teman-teman tak pulang
 dengan tangan yang kosong.. mulut menyumpah seranah diri sendiri sebab pantang
nampak je, mulalah meroyan... ok, itu pun salah satu sebab..
macam-macam lagi, antaranya gerun memikirkan masa yang begitu cepat.....
maknanya exam pun dah dekat... jangan buat-buat blur, jadual dah ditampal..
(susah pulak ilmu nak masuk sem ni, hantok kepala)

sepanjang minggu ni aku cuba menstabilkan emosi...
bila terkenangkan esok mahu ke mersing, boleh tengok pantai aku rasa
bersemangat sikit... semoga aku dapat menenangkan fikiran...

ok lah aku nak kemas beg dulu... tak nak tertinggal satu habuk pun barang...
hawaiiii wait for me ya, i'm coming...
http://www.emocutez.com
papai u all....

0 weirdo:

Post a Comment

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template