Thursday, April 5, 2012

bertuah!

hai! maafkan aku kerana post akhir-akhir ini agak beremosi..
cukup dan noktah bab itu! *keke
ok, terus ke topik sebenar sementara ilham mencurah-curah ni..
aku ada adik lelaki.. satu-satunya adik lelaki yang aku ada.. dia baru melangkah ke alam sekolah
menengah.. dan tinggal di asrama.. normal lah tu, so what? ya, aku memang berat hati nak bagi dia tinggal kat asrama.. walaupun itu sekolah lama aku mungkin mengenangkan dia lelaki, basuh baju pun tak pernah, kapur kasut pun mak aku yang tolong letak.. jadi, aku tak dapat bayangkan macam mana dia nak buat semua tu..mungkin kali pertama dalam hidup aku melepaskan dia berjauhan dengan keluarga macam-macam perkara negatif yang aku risaukan..terlebih risau mengalahkan mak dan ayah..
tapi nak tak nak, dia perlu..dan aku harus redha..inilah masa untuk dia berdikari..
malam pertama dia di asrama, aku tak dapat tidur.. aku risau dia tak dapat terima suasana di asrama... macam mana kalau kena buli? aku pejam mata.. puas aku berdoa.. tak tahan sangat dan aku menangis... *tolonglah mengalahkan orang hilang suami*.. mujurlah kogi dah tidur waktu tu..

malam esoknya, aku telefon mak.. tanya pasal dia.. berbuih mulut aku tanya... mak aku dengan coolnya bagitau " dia ok ja.. tidoq lena katanya.. tak dak masalah pun.. bunyi macam dia seronok ja"... sah lah hanya aku yang bersinetron sendiri.. aku tak puas hati.. kena tanya dia sendiri.. aku balik rumah waktu dia cuti pertengahan tahun.. alhamdulillah, dia tetap adikku yang dulu... tak ada lebam-lebam dan dia dapat sesuaikan diri katanya.. aku lega yang amat!... tapi, biasalah senior-senior menakutkan mereka dengan cerita budak putus kepala kena kipas... *rasanya cerita tu sejak zaman aku lagi*...

cuma sifatnya yang malas basuh baju, kasut sekolah belum dapat diubati.. adik aku yang tadika pun rajin sikit..mungkin dia lelaki..entahlah sampai bila..tak apalah janji siap kerja sekolah..ya, haruslah mak aku yang siapkan segalanya... nak balik asrama pun mak aku yang kemaskan begnya... harapkan dia, cuma makanan saja yang dia ingat..alahai bertuah punya budak.. insyaAllah, semoga dia akan rajin nanti... jadi anak yang baik dan boleh diharap..
*maaf panjang berjela pulak...

0 weirdo:

Post a Comment

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template