Monday, November 28, 2011

r e a k s i

hai! 4 hari cuti dari jumaat sampailah isnin apa yang aku lakukan?
berjalan, makan dan tido.. ewah bahagia nampak.. tak sedar diri dah tahun empat..
ok biarkan dulu..
serius ke topik sebenar..

sabtu lepas aku dan teman keluar untuk merehatkan minda (bajet bagus)..
hanya menaiki kenderaan awam yakni bas.. situasi ini kita pernah alami dan pasti 
alami di dalam kehidupan kita...
 
pertama:
banyangkan ada penumpang yang nak turun dan dia pun tekan loceng..
tekan tekan loceng tak bunyi pulak.. jadi apa reaksi kita kalau situasi seperti itu..
nak tolong tekankan loceng atau buat-buat tak nampak.. 
kalau tunggu aku fikir rasanya penumpang tu dah terlepas jauh dari tempat asal dia nak turun..
  selalunya pak cik bas tu jugak yang sedar ada penumpang nak turun..
bagi penumpang pulak, kalau kejadiaan seperti ini dan tiada tanda seseiapa sudi tekan loceng 
silalah berdiri dengan pantas dan tunjukkan tanda-tanda yang anda ingin berhenti...

kedua:
tengah seronok layan perasaan tiba-tiba ada penumpang naik, agak berusia, dan 
kebetulan tiada tempat kosong.. mesti dalam hati nak bagi dia duduk ke nak 
buat bodo je.. kalau bagi orang cakap nak tunjuk baik lah tu.. atau anda sendiri pun tak 
berdaya nak berdiri padahal boleh saja tawaf shopping mall 4 tingkat 10 kali..

ketiga: 
berjalan-jalan di kaki lima atau jejantas sambil menyanyi dengan girang untuk menuju ke
shopping mall yang berzaman lamanya anda tak kunjungi, tiba-tiba terserempak 
dengan mereka yang tidak berupaya menadah tangan untuk sesuap nasi..
hah nak buat apa? buatlah apa yang termampu.. yang penting jangan mencaci mereka!
 
keempat:
tengah makan di food court atau mana-manalah yang anda suka,
tiba-tiba datang hamba Allah menjual barang-barang seperti keychain, atau apa saja
untuk persatuan OKU dan lain-lain.. mulalah hati gelisah tak tentu arah..
kalau nak bantu belilah, kalau tak mahu beli tolak dengan cara yang baik ok..

p/s: untuk peringatan buat diriku juga dan jangan lupa 5 s tu.. salam,syukur dan.......

0 weirdo:

Post a Comment

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template