Monday, June 20, 2011

pink itu!

aku dah seperti chipsmore sekarang..
sekejap ada sekejap tiada..
tenggelam dan timbul..
mungkin aku perasan sibuk dan padahnya blog aku
bersawang sana sini.. ok cukup!

kita terus ke topik sebenar.. cuti sabtu ahad lepas aku dan
teman-teman keluar lagi.. dan yang pasti terjadi harus 
menggunakan komuter.. senangkan dengan adanya coach for ladies
membuatkan hidup aman, damai dan nyaman..
tak ku sangka cempedak menjadi nangka..
ada juga cowok-cowok yang perasan cewek masuk
ke kawasan larangan tersebut.. mungkin perkara ini sudah lama
berlaku cuma aku dan teman-teman baru menghadapinya..
al maklumlah nak ke mana-mana sekarang kami perlu menggunakan
komuter tersebut.. 
semalam lagi dugaan.. aku dan teman aku naik dari kajang..
sebaik kaki melangkah saja, masyaAllah penuh.. aku tidak kisah
jika dipenuhi dengan penumpang wanita.. yang kisahnya ramai juga penumpang
lelaki.. siap duduk lagi.. dibiarkan kaum yang lemah ini berdiri termasuklah
aku.. yang lelaki-lelaki dengan muka tidak bersalah saja duduk siap bersila panggung..
muda belia lagi.. bukannya bertongkat ke, beruban ke... sedih aku melihat keadaan itu..
http://www.emocutez.com
tidak ada tolak ansur dan prihatin kah?
sudahlah berada dalam kotak pink.. 
ternanti-nanti juga aku jika ada hamba Allah yang nak tunjuk
macho untuk bangun bagi kaum hawa duduk..
 http://www.emocutez.com
tapi hampeh! mengecewakan.. mujur tiada makcik-makcik yang 
memerlukan.. 

rupa-rupanya kesedaran kita di sini masih sikit..
masih buat tidak tahu..
masih perlu dijerit di depan hidungkah baru nak cakap
" eh, saya salah masuk ke?, atau "lah macam mana aku ada dekat sini ni.."
 ingat tau..


kaler pink ini!

 
ok, got to go.. rehat yuk!

2 weirdo:

  1. igtkan da wat koc cmtu xde laki da nak semak2 dlm komuter.=.=

    ReplyDelete
  2. ada jgak tu yg xpham tu..
    x malu..

    ReplyDelete

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template