Thursday, March 3, 2011

demi masa!

cepat betul masa berlalu.. pejam celik saja dah nak masuk hari jumaat semula.. 
(esok lusa ye bagi yang baca malam ini).. aku baru sedar ke yang masa memang cepat?
tidak! kadang-kadang tu rasa macam baru saja lalui hari itu tiba-tiba 'eh dah nak masuk hari tu semula... err macam lintang pukang pulak ayat... abaikan! di mudahkan "eh dah masuk jumaat balik, rasa macam baru semalam je jumaat".. err macam terabur jugak..

aku amat tertarik dengan ayat teman aku, syelly.. dia pernah post sebagai status di facebook.. 
"sunday is very far to friday, but friday is very near to sunday"
betul jugak ye..
faham tak apa yang aku rasakan?.. tak faham?
mungkin otak aku biol sikit malam ini.. penyampaian yang tak berkesan jadinya..
mata aku sudah kuyu ni.. sebelum aku berenang-berenang atas katil
marilah hayati makna surah ini..

demi masa, 
sesungguhnya semua manusia itu di dalam kerugian
kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh
dan berpesan-pesan pada kebaikan
dan berpesan-pesan pada kesabaran
(surah al-asr)

0 weirdo:

Post a Comment

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template