Sunday, December 5, 2010

Lillahi Taa'la

salam teman-teman.. lamanya aku menyepi.. aku tidak ke mana.. masih ada di sini.. apa aktiviti aku cuti kali ni ye? hmm aku pon tak tahu.. otak aku berserabut memikirkan LI.. rasa tak bersemangat nak buat benda lain.. novel yang aku baca pon tak habis-habis lagi walaupon sudah berhari-hari aku mengadap.. teman aku ada emelkan tempat-tempat LI.. alhamdulillah.. thanks ye juju.. tapi aku masih keliru dengan prosedurnya.. entahlah! ok, biarkan dulu masalah dalaman aku itu..
oh ya, esok aku mahu masak nasi ayam.. entah jadi entah tidak! walaupon dah beberapa kali aku buat, mesti tak cukup sana, terlebih sini.. pasti ada komplen.. "sup ni sepatutnya kena masin lagi", "kenapa nasinya tawar semacam? tak letak garam sikit..", "masinnya kicap dia".. haha.. tak apalah bagi aku itu sebagai komen yang membina.. boleh aku perbaiki di masa lain.. seperti tadi, aku buat nasi goreng.. adik aku merengek mahukannya.. apa lagi aku tung tang tung tang.. siap! datang saja mak aku, "eh tawarnya.." err rasanya dah letak garam segenggam tadi.. takkan tak masin-masin lagi.. owh, deria rasa aku sudah rosakkah.. inilah akibat orang yang jarang masuk dapur.. semoga aku buat yang terbaik esok.. yang aku hairannya, mereka (adik-adik aku) tetap juga mahu aku buatkan..  memang aku bukan pakar bab-bab ini.. tapi aku suka mencuba.. sangat suka! ok lah teman-teman, setakat ini dulu.. aku nak menonton Lillahi Taa'la pulak.. papai..

0 weirdo:

Post a Comment

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template