Monday, November 15, 2010

seindah syukur

salam teman-teman.. lemah rasanya nak study.. memang baru-baru ni aku ada bagi tips mood study..  entah kenapa aku pulak yang lemah dan tak bersemangat.. mungkin terlalu memikirkan masa depan.. "masa depan? bukan ke Allah lebih mengetahui segala-galanya.. sebagai hamba-Nya engkau perlu berusaha.. bukan risau dan memikirkan yang bukan-bukan.." betol jugak.. jadi aku tidak boleh lemah.. aku perlu bersemangat.. walau apa pon hasilnya nanti, anggap itu adalah anugerah dari-Nya dan itu yang terbaik buat diriku.. biasalah, sebagai manusia yang banyak kekurangan bukan senang untuk memiliki hati yang sentiasa tawaduk.. teman aku selalu menasihati agar bersyukur dengan apa yang kita miliki.. contohnya, result test kurang bagus dari teman kita, jadi jangan mengeluh atau berputus asa. (sedang mengumpat diri sendiri). sebaliknya bersyukur.. macam mana tu? kita kena bandingkan dengan mereka yang lebih bawah dari kita.. tidakkah kita patot bersyukur?.. semestinya!
sebenarnya aku lebih kepada memujuk diri sendiri.. mungkin Allah ingin memberitahu bahawa aku perlu berusaha lebih gigih lagi.. aku teringatkan tentang buku doa pemberian salah seorang teman (sarah).. di dalamnya ada di selitkan rangkap sajak dari Imam Syafi'i:

jiwa tertekan kerana kemiskinan
sedang kemiskinan lebih baik daripada kaya yang merosakkan
kaya yang sebenarnya ialah kaya jiwa, kalau tidak
segala harta dunia tidak akan mampu memenuhi kehendaknya.

hmm apa kaitan miskin kaya pulak ni.. hayati betol-betol dan renung-renungkan..ok, lah.. aku mau sambung belajar dulu agar masa depan cerah..

0 weirdo:

Post a Comment

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template