Friday, November 19, 2010

ikhlas itu rahsia



kita memberi bukan untuk menerima
menabur budi bukan untuk dianggap berjasa
tulus, putih dan murni hati kita
memberi adalah kerana-Nya jua

tidak mengapa jika tidak dikenang
asalkan segalanya memberi satu ketenangan
menyebut kebaikan meragut keikhlasan
bukan kerana kelebihan kita

dalam samar mainan rasa
kekadang datang jua serpihan bangga
mengharap adanya balasan
mendamba hadirnya kemasyhuran

bukan itu diburu sejak mula
ditagih kasih rasa di depan-Mu
bila terasa segalanya daripada-Mu
rebahlah segala daripadaku yang hina

TUHAN
dunia ini tidak panjang
tahun terasa detik di putaran usia
mengharap yang abadi
kan lenyap segala ilusi
bantulah aku
                                                              dalam memahami rahsia itu!
nukilan: pahrol mohd juoi

0 weirdo:

Post a Comment

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template