Monday, October 11, 2010

Andai itu Takdir-Nya

Assalamualaikum teman-teman.. rajin pagi-pagi lagi dah update blog.. baru saja kita melepasi tarikh yang agak cantik semalam.. perasan tak 10/10/10?.. tapi tarikh ini juga yang meninggalkan kesan yang mendalam kerana telah berlaku tragedi kemalangan yang dasyat.. MasyaAllah.. melibatkan 2 buah bas dan beberapa buah lagi kenderaan.. di sini aku sertakan link yang teman aku kongsikan  di facebook .. sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah buat mereka yang terkorban  untuk lebih lanjut, klik..
Aku bukan nak mengulas mengenai kemalangan tersebut sebab aku bukan wartawan, pegawai polis atau pembaca berita.. cuma hati aku amat terusik dengan berita-berita seperti ini terutama melibatkan bas.. aku tahu Allah telah menentukan semuanya.. aku pon salah seorang penumpang apabila cuti semester bermula, raya akan tiba, dan apa-apa saja cuti untuk aku pulang ke kampung.. jauh perjalanan yakni dari johor ke kedah.. aku pasti teman-teman pon ada yang sama situasi denganku..  
Setiap kali aku melangkah ke dalam perut bas, mesti hati memikirkan selamatkah aku? tapi siapa aku untuk menilik apa yang akan berlaku 2 jam lagi.. jadi sebagai hamba-Nya serahkan saja kepada-Nya.. mohon keselamatan tidak kira di mana berada.. banyakkan berdoa dan mengingati-Nya.. andai sudah tersurat seperti tragedi tersebut, semoga aku menghadap-Nya dalam keadaan beriman dan berserah diri.. 
Kalau sebelum ini aku dikejutkan dengan tragedi Sani Ekpress dan kali ini pula bas Delima.. bukan aku menyalahkan bas-bas tersebut.. kalau Allah sudah menjemput, walau berjalan kaki sekalipun tetap pergi jua.. cuma aku ingin mengingatkan diri sendiri dan mungkin juga untuk teman-teman agar sentiasa berhati-hati.. kita pun tahu yang malang itu tidak berbau.. andai berbau tidak lah semua ini terjadi.. panjang tulisan aku kali ini..  setakat ini dulu.. izinkan aku kongsi ayat ini sebagai renungan kita semua..

"Dan seandainya Allah hendak menimpakan sesuatu kemudharatan kepada Engkau, maka tiadalah yang dapat menghilangkan kecuali Dia (sahaja). Dan seandainya Dia mahukan kebaikan kepada engkau, maka tiadalah yang dapat menolak kurnia-Nya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
                                                                                                                                                 (Yunus:107)

0 weirdo:

Post a Comment

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template