Wednesday, September 1, 2010

antara dua cinta

lamanya aku tidak merapu di sini.. hari ini ringan pulak jari jemari aku menaip di sini.. mungkin kadar kesibukan aku sudah berkurang.. alhamdulillah, emosi aku pun sudah stabil.. hehe.. sebenarnya, baru-baru ini aku membeli sebuah buku dan sambil melayan isi-isi di dalamnya terselit sebuah lirik ini.. tidak silap aku ianya sebuah nasyid..aku dan teman-teman pernah membuat persembahan sewaktu tingkatan 2 (kalau tak silap, err ingat-ingat lupa lah.. tak usah bayangkan bagaimana persembahan itu, mau saja aku terjun dari pentas).. dah lupa macam mana rentak dia..puas aku perah otak untuk mengingatinya.. almaklumlah, dah lama dan tak pernah pun aku dengar lagu itu sebelum ini..tiba-tiba terjumpa, teringat kembali kenangan bersama teman-teman aku di asrama.. hentam sajalah nyanyi macam mana pun ye.. yang penting lirik dia bermakna..


Apa yang ada jarang disyukuri
apa yang tiada sering dirisaukan
nikmat yang dikecap
baru kan terasa bila hilang
apa yang diburu timbul rasa jemu
bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
diminum hanya menambah haus
nafsu bagaikan fatamorgana di padang pasir
panas yang membahang disangka air
dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
dilihat ada ditangkap hilang

TUHAN...leraikanlah dunia
yang mendiam di dalam hatiku
kerana di situ tidak kumampu
mengumpul dua cinta

Hanya cinta-Mu kuharap tumbuh
dibajai bangkai dunia yang kubunuh
apa yang ada jarang disyukuri
apa yang tiada sering dirisaukan

*buat juju, dan teman-teman di aspuri smkp dulu lupa batch berapa salam rindu dari daku..

0 weirdo:

Post a Comment

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template