Wednesday, September 22, 2010

aduhai lemang

assalamualaikum teman-teman.. mood aku rajin untuk update blog hari ni..
sebenarnya, keadaan aku ketika ini sangat inginkan lemang.. walaupun aku tahu ada teman-teman yang tidak sukakan ia, terlalu suka, ataupun ada yang akan cakap " eh, apa tu lemang?","i tak makan le, berminyak u..", "wujud lagi ekk lemang".. (ahh!! aku lemang kang jugak ko nanti).. aku harap teman-teman sekalian tidak sebegitu.. masih kenal lemang kan..aku bukanlah hantu lemang.. tapi memang aku begini, lepas raya mesti aku ketagih lemang.. walaupon raya haritu ada lemang, aku tak sempat nak makan sangat.. kini aku bukan di rumah, tapi di kampus.. bagaimana untuk aku mendapatkan lemang sekali dengan rendang.. maafkan aku andai ada diantara kalian yang terliur sekarang tapi ketahuilah yang aku lagi, lagi terliur.. kepada siapa untukku merayu.. lemang datanglah engkau.. aku menyeru T_T.. aku pon tak tahu kenapa aku suka sangat dengan sang lemang ni.. alang-alang aku dah buka topik lemang,ayuh kita kongsi info sikit boleh?

-Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai. Lemang dijual sepanjang tahun, tetapi lebih meluas pada hari perayaan seperti hari-hari raya. Di Malaysia, lemang telahpun direkodkan sebagai hidangan istimewa sejak 1864 lagi. (ni aku tau le)

-Lemang di pantai timur biasanya dimakan bersama dengan ikan bakar, tetapi di pantai barat, ia sering dihidangkan bersama rendang atau serunding.(owh, tak tau pulak makan dengan ikan bakar)

-Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak. Kaedah memasak menggunakan buluh merupakan kaedah kaum asli memasak di Malaysia.(aku dah agak dah mesti ada kena mengena dengan orang asli)

ok, maklumat yang tidak seberapa ni aku dapatkan dari jalur lebar.. cukup setakat ini.. aku nak cari lemang dulu.. papai..

2 weirdo:

  1. adeh. aku pon xtahu lemang mkn ng ikn bakar.sini mn nk cari lemang?

    ReplyDelete
  2. semalam i jmpa time nk umah yan.. ntah le fakta ke apa tu.. owh kiranya ko pon x pnah mkn ngan ikan bakar ye..

    ReplyDelete

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template