Friday, August 6, 2010

sakitkah kepalaku

di hari jumaat yang indah ini agak teratur sikit aktiviti aku..
lepas lab, pukul 2.30 teruskan dengan perbincangan group pula..
sekejap ja.. ravi ada urusan lepas tu.. ok aku dengan ain ambil kesempatan untuk online dengan wifi utm sekejap.. tapi, kepala aku berdenyut-denyut pulak..
mungkin panas kot hari ni.. tapi cuaca redup saja.. mungkin aku kurang minum air agaknya.. otak aku pon kurang oksigen.. ataupun aku elergi dengan suasana bising dan ramai orang.. ya, memang aku perasan hal ini kerana aku memang mudah sakit kepala bila aku pergi rumah kenduri, pasar malam atau apa-apa karnival.. tapi tak ada pula aku melakukan mana-mana aktiviti tersebut.. mungkin agak ramai jugak group discussion hari ini membuatkan aku sakit kepala..ni yang malas bila dah mula sakit kepala susah sikit nak hilang.. ingat Allah banyak-banyak ye.. Dia lebih mengetahui..
seperti biasa perkara yang aku akan lakukan bila sakit kepala :-

-mandi lama-lama, biar otak jadi segar
-sapu minyak cap kapak banyak-banyak (boleh juga guna minyak cap parang)
-ketuk-ketuk sikit kepala biar urat saraf betul
-minta bantuan mereka yang terdekat untuk urut
-kurangkan ketawa atau tidak melakukan kerja berat
-tengok tumbuhan-tumbuhan hijau

secara tidak langsung aku telah menjawab pertanyaan sarah beberapa hari lepas kerana dia jugak sakit kepala.. 'apa noin buat ye bila sakit kepala?'.. lebih kurang macam tulah aku jawab..kebetulan beberapa hari lepas aku sakit kepala dan hari ini sakit kembali.. ok lah aku tidak mahu membebel lagi tentang sakit kepala kerana sakit kepala aku yang mula hilang ini akan muncul kembali jika aku masih menghadap si lappy ni..

0 weirdo:

Post a Comment

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template