Thursday, August 26, 2010

ku keciwa!

jam sudah ke angka berapa aku tidak pasti.. malas mahu menilik masa.. jeri jemari aku masih menari-nari di papan kunci lappy.. bukan aku tidak mengantok.. kogi sudah hanyut dibuai mimpi.. aku agak sakit hati dengan bb.. mahu saja aku pijak-pijak biar kemek.. tapi aku yang merana nanti.. bagai menatang minyak yang penuh aku jaga dia.. tapi sejak akhir-akhir ini bb semakin buat hal.. malah aku dilayan seperti insan yang 5 bulan tidak membayar bil.. biarkan dulu bb dengan dunianya..

kegembiraan aku telah diragut semalam selepas menerima markah test separation.. malah semangat aku telah terbang melayang entah ke mana.. memang itu bukan satu-satunya.. tapi itu adalah permulaan.. aku marah pada diri aku sendiri.. semalam juga aku hanya berbuka puasa dengan nasi kerabu + ikan goreng +telur masin saja untuk meraikan kegagalan aku.. biar padan dengan muka aku.. malah aku turut membatalkan rancangan untuk mengikuti teman-teman aku membeli belah hari sabtu nanti.. biar padan lagi dengan muka aku.. biarlah aku berkabung dua tiga hari ini.. memang tidak sehancur mana tapi kekecewaan aku ini boleh disamakan seperti seorang isteri yang baru diceraikan suami.. astagfirullah, belum kawin lagi sudah fikir tentang cerai.. sampai ke saat ini hati aku masih memikirkannya.. agak keterlaluan pula kekecewaan aku ini..

owh, baru aku tersedar yang aku masih mempunyai iman.. jadi aku tidak boleh mengeluh.. seharusnya aku bersyukur.. mungkin Allah mahu menguji aku sejauh mana aku bersyukur dan redha pada anugerahnya.. ampuni aku ya Allah.. aku harus bangun kembali seperti kata-kata seorang teman aku “keep moving”.. owh i will.. thanks for the precious and magic words.. semalam tidak menjanjikan apa-apa.. jadi hari ini dan esok adalah penentu.. kalau sudah berusaha seharusnya tawakkal.. serahkan pada Allah kerana hanya Allah saja tahu yang terbaik buat aku.. pandai pula aku berkata-kata.. padahal semalam seperti ayam berak kapur saja muka aku.. mungkin sudah ada motivasi untuk diri aku..

mata aku sudah berat.. aku harus tidur.. lagi 1,aku akan menghadapi test numet pagi sabtu nanti.. mudah-mudahan aku dan teman-teman dapat menjawab dengan sebaik-baiknya.. i wish u all and my self best of luck ok!! nite nite...

2 weirdo:

  1. kah kah kah ! i like ur tatabahasa noin ~ lawak lah cite2 ko. ;P

    ReplyDelete
  2. haha.. hentam keromo je tu.. tq3 sudi baca...

    ReplyDelete

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template