Sunday, August 1, 2010

ceritera waktu

banyak benda rasanya aku nak merapu kali ini..semalam dan hari ini..huiyooo..
pertamanya mesti lah tentang semalam..memang aku nekad wekeend ni tak pegi memana..
tapi lain pulak jadinya..aku tetap merayap..itulah aku, pantang di ajak mesti mulut aku terus saja jom..apa nak jadi ni..haha pegi jusco je..aku, jumi, una dan sarah..
pahitnya kenangan! sampai sekarang aku masih ingat..

1)sebelum pukul 4 dah siap-siap..kononnya nak tunggu bas awal..tiba-tiba bas lalu begitu saja..melepas..patot le jam dah pukul 4.15pm

2)kita pegi lepas asar jelah ye..berkat sikit..ok lepas solat terus siap semula.. tak sempat tengok jam..malangnya, baru nak tutup pintu bilik bas dah sampai..menggelabah dan prang!!! handset pulak berselerak atas lantai..ok bas terlepas lagi dan timbul masalah baru yakni handset hilang ingatan..

3)5.20 pm camtu tunggu dekat bas stop..haa jap lagi mesti bas sampai.. ok harapan tinggal harapan..masing-masing dah keliru nak telefon teksi atau terus menunggu..tak apa tunggu jap ja lagi..hampeh!!


muka jumi dengan sarah dah macam cokodok basi

4)6.10 pm teksi sampai..selamat tinggal bas..aku dah rasa macam nak pegi sekolah memandu pulak sebab pak cik teksi tu asyik cerita dan bagi tips memandu.. aku maafkan pak cik tu mungkin dia tak ada topik nak cakap atau dia bekas cikgu sekolah memandu..

5)dekat maghrib baru sampai..masyaAllah..ok buat-buat ceria walaupon hati masing-masing Allah saja yang tau..bla,bla dan bla..oh lupa handset aku tetap dihantar pada pakar untuk rawatan.."esok baru siap tau, nanti wa call lu"..fine!

6)9.15 pm baru sedar jalan pulang..banyaknya teksi tapi semua pak cik teksi dah kaya.."kita tunggu bas jelah walaupon seratus jam lagi baru bas datang"..

7)jam menganjak ke angka 10 lebih..otak seperti kekurangan oksigen.. rasa nak marah pada semua orang walaupon tak ada sesapa yang bersalah.."jalan kaki nak?".. pang3x!!!!tak mungkin dan tak akan mungkin..

8)bas sampai jugak dan malas dah nak tengok jam sebab aku tahu memang dah lewat..
berebut-berebut dan kepala aku pening yang amat..kitaorang kongsi kerusi bas 4 orang..bayangkanlah.. lantak lah.. nak patah pun patah le..

ok nampaknya cerita aku hanya berkisar mengenai bas dan teksi..harap aku insaf lepas ni dan tak akan merayap lagi di waktu-waktu getir..kalau nak keluar jugak pastikan pagi-pagi buta lagi dah terpacak di bas stop atau terus telefon teksi..
dan hari ini handsetku kembali sihat.. group discussion dah mula berjalan lancar..Alhamdulillah urusanku selesai hari ini..cukup lah setakat ni..mata aku dah layu walaupon belom study..

0 weirdo:

Post a Comment

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template