Sunday, August 22, 2010

bersyukur atas nikmatNya

alhamdulillah sakit otak mula hilang lepas test semalam..
walaupon ada bertimpa-timpa lagi benda yang sedang menunggu, lupakan dulu..
seperti yang dirancang, aku dan teman-teman keluar lepas test analytical chemistry..
pergi angsana je pon.. kononnya nak hilangkan stress le.. sampai-sampai je, masyaAllah ramainya umat.. apa lagi, bertambah stress lah.. angsana yang pernah aku pergi seperti pasar malam pulak jadinya.. aku dan teman-teman cuba buat-buat selamba.. tapi keadaan tidak mengizinkan dan masing-masing menyalahkan kepala yang membuat cadangan ke angsana.. siapa lagi kalau bukan aku dan di sokong 100 peratus oleh sarah.. "maafkan aku syazy, jumi.. andai aku tahu begitu serabut sekali keadaan kat sana mesti aku tak ajak korang g.." kalau dikaji semula, keramaian itu terjadi atas beberapa sebab.. kalau bukan sebab-sebab tersebut, mesti semuanya normal saja..

1.Sultan mencemar dulinya di situ.. sempena program apa aku tak pasti.. baginda dan koncu-koncunya secara tidak langsung telah meramaikan suasana..
2.hari sabtu! lupa pulak hari makcik-makcik shopping.. sory ye mak cik, kitaorang tumpang sekaki..
3.bulan Ramadhan.. apa yang menjadi masalahnya adalah orang ramai dah berpusu-pusu beli baju raya seperti 3 hari lagi nak raya..


sempat jugak le aku dan teman-teman pusing.. kedai buku pon kitaorang sempat singgah..temankan jumi cari komik..tapi komik yang dicari tak ada pulak..syazy sempat lagi posing..walaupon stress sempat jugak aku sambar kasut sepasang.. apa nak jadi ni.. tapi kalau tak beli ada pulak yang meroyan kat situ.. tapi bukan beli kat fabiano ricco.. saja je capture sebab tertarik dengan jualan penghabisan stok dia..
boleh tahan le kasut-kasut dia.. cantik!


muka bosan + stress + pening sarah, syazy n jumi


kesian gila!!!bukak puasa pon macam anak-anak terbiar..aku lah tu muka yang paling kebulur kat situ.. makan roti john + air laici.. bukannya tak mampu nak beli tapi tak mampu nak cari tempat.. semuanya penuh! last-last kat situ pon ok lah.. tak kisah pon sebab ramai lagi orang yang buat macam tu..ada yang siap lepak kat tepi longkang lagi..inilah 'kenangan terindah' aku dan teman-teman berbuka kat luar..jangan sedih ye teman-teman..ingatlah mereka yang lebih malang dari kita..

lepas selesai je urusan kat situ, aku dan teman-teman kembali ke tempat asal.. yakni ke jusco pulak.. alhamdulillah hilang segala pening lalat.. tapi dalam hati masih gusar sebab kitaorang banyak habiskan duit dekat tambang teksi je.. mungkin dah rezeki pakcik-pakcik teksi..


muka teman-teman aku dah ceria.. tiada lagi pertengkaran.. masing-masing dah jumpa barang yang di cari..
*guys, thanks for very beautiful moments.. walaupon macam-macam yang kita tempuhi, ingat semua tu adalah pengalaman untuk mendewasakan.. (hehe ayat aku biasalah)
i love u all so so much!! lots of love - noin-

2 weirdo:

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template