Assalamualaikum people..
Bagaikan mati hidup semula. Bukan aku tapi blog ni. Hampir
dua tahun aku tak menulis dan aku turut hebahkan pada alam maya kononnya itu last
entry aku. Ya ampun tiba-tiba aku buat comeback. Tu siap bagi salam lagi. Tajuk pun nak gempak belum apa-apa. Sepanjang aku menghilang, aku pernah
terfikir nak menulis balik tapi biarlah masa yang sesuai dan bila aku
benar-benar bersedia. Dengan harapan penulisan aku lebih matang dan bermakna. Macam
poyo. Lantaklah. Ok kantoi tak matang-matang pun. Ayat tetap lintang pukang!
Aku ada di sini bukan menyorok dekat gua atau apa. Dulu aku
masih pelajar. Jadi aku dilemma samada mahu menulis thesis atau menulis blog. Sebagai
pelajar yang berdedikasi haruslah aku pilih thesis. Tuhan saja tahu lepas tu (@_____@).
Aku tak ada instagram mahupun twitter. Facebook pun
tenggelam timbul. Aku sendiri tak faham kenapa aku tak terjebak dengan dunia maya tersebut. Penyakit ke apa aku ni? Jadi berbekalkan secebis blog ni sajalah dengan
harapan kawan-kawan tahu yang aku masih wujud. *Touching sensorang (T______T)*
Aku sendiri tak pasti kehidupan aku berubah atau tak. Yang
pasti masih hambar walaupun dah bekerja sebab aku masih berjauhan dengan
keluarga. Kufur nikmatkah aku? Memang homesick aku tiada ubatnya. Kalau tahun
sebelum ni aku meronta-ronta dengan azam itu ini, tapi untuk 2016 aku tak
brainstorm pun cari azam. Sebab aku rasa nikmat apa lagi yang aku dustakan. Setelah
dianalisis dan dikaji cukuplah sekadar self-love tema tahun ini. Bajet sangat
sampai buat research. Ok sampai sini dulu. zzZZZzzz
Take care and be good people!