tidak tahu bagaimana untuk memulakan mukadimah penulisan kali ini..
tidak layak untuk berbicara topik yang aku sendiri masih kabur.. izinkan saja aku berkongsi tentang artikel yang aku baca kiriman seorang teman.. thanks tau sebab carikan.. mudah-mudahan terisi rohani yang lama kekosongan ilmu.. aku highlight kan beberapa point saja di sini ..
- Cinta atau kasih, bercinta atau berkasih sayang antara lelaki dan wanita yang ingin hidup bersama, itu normal. Cuma yang rumit, bagaimana mengawal dan menguruskan cinta.
- tiada dalil yang Allah dan RasulNYA mengharamkan mencintai seseorang yang ingin kita jadikan pasangan hidup. Bahkan al-Quran mengiktiraf cinta tersebut. Ini kerana jatuh cinta antara jantina yang berbeza adalah fitrah manusia. Ia bukan diada-adakan. Ia arus yang mengalir dalam jiwa tanpa boleh dihalang.
Nabi s.a.w tidak pernah membantah orang bercinta, sebaliknya cuba memastikan pasangan yang bercinta berakhir dengan perkahwinan. Seorang gadis yatim dipinang oleh dua orang lelaki. Seorang miskin dan seorang lagi kaya. Si gadis memilih yang miskin sedangkan penjaganya memilih yang kaya. Apabila hal ini diberitahu kepada Nabi s.a.w, baginda bersabda:
“Aku tidak melihat (penawar) untuk dua orang yang bercinta seperti nikah” (riwayat al-Baihaqi dan Ibn Majah, sahih).Kata al-Imam al-Munawi (meninggal) mengulas hadis ini:
“Maksudnya ubat paling berkesan yang dapat merawati kerinduan ialah nikah. Ia adalah penawar yang tiada gantiannya jika ada jalan untuk mendapatkannya” (al-Taisir bi Syarh al-Jami’ al-Saghir, 2/584, Riyadh: Maktab al-Imam al-Syaifii’).
- Islam tidak sempit. Ia tidak menghalang fitrah. Cinta yang membawa kepada perkahwinan adalah satu kebaikan. Jadi, jangan kata Islam mengharamkan perasaan cinta antara lelaki dan wanita. Katakanlah Islam mengharamkan zina dan mendekati zina!
oleh itu, bersederhanalah dalam segala hal.. jangan melampaui batas..Allah pun tak suka kan
kalau kita berlebih-lebihan.. (ingatan buat diri juga)
p/s: untuk baca full artikel, pergi sini ye tekan je
kalau kita berlebih-lebihan.. (ingatan buat diri juga)
p/s: untuk baca full artikel, pergi sini ye tekan je
0 weirdo:
Post a Comment