Monday, September 17, 2012

D i a t a h u


seronok tengok teman-teman yang sudah berkawin dan bakal berkawin.. 
 bahagia rasa kan (ko tak tahu masalah dalaman diorang lagi)
teringat pulak teman aku dekat kampung yang sudah kawin, baru ja dapat anak..
ya Allah nikmatnya.. aku pun dapat rasa tempias bahagia dia.. 
kalau boleh nak ganti ja tempat dia.. (mengarut dah, astagfirullah)

aku? aku macam dulu jugak.. tunggu jemputan kawan-kawan kawin,
 jemputan kenduri cukur rambut anak diorang, tak lama lagi akikah pulak rasanya..
tak payah tanya aku bila lagi.. sebab memang tak ada jawapan pun.. melaikanlah calon dah terbentang depan mata.. ni yang tak suka cerita bab-bab ni.. rasa macam miang  pulak.. hehe

lagi satu, kalau balik kampung jumpa saudara-mara mesti ada soalan killer punyalah..
tambah pulak dah habis belajar.. "dah ada boyfriend?" OMG depan mak ayah pulak tu..
mana nak sorok muka ni walaupun aku jawab "tak ada lagi! sumpah lillahhita'ala"..
ambik kau.. ayat belakang tu untuk menguatkan lagi hujah.. hujah? entahlah..

in addition lagi, jumpa pulak sepupu sepapat mak.. "eh, sambung pulak ye? takotlah nanti orang nak masuk meminang".. masyaAllah macam nak bukak langkah seribu.. biar semua terpinga-pinga..
biar dalam hati diorang rasa bersalah amat sebab mengecilkan hati aku ni.. 
memang tak buat pun, aku sengih jelah.. nak ja aku jawab "tak kawin sampai tualah macam ni"
kang kena siku pulak dengan mak..

memang aku tak suka bila orang suka membanding-bandingkan..
"awak gaji tinggi, mana padan dengan dia nanti"..
"awak itu, awak ini.."
serabut kalau fikir macam tu.. tapi betullah semua tu sebab takut nanti jadi queen control?? 
macam tu ke??
boleh tak kalau tak pandang pangkat bagai tu?
*awak cakap masa ni memang boleh, tengok lah nanti.. bila kemiskinan mengetuk pintu…. cinta lari melalui tingkap..
*ok, aku berjaya menakutkan diri dengan peribahasa tu.. i have no idea! 

Bila direnung semula, patutlah sekufu itu penting..  tapi tolonglah bukan pada harta benda saja..
 haruslah pada agama dan akhlaknya!
jangan lupa, syurga isteri di bawah telapak kaki suami.. 
 
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
"Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya." (Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Hibban, al-Baihaqi dan al-Wahidi).

 
Jodoh seperti rezeki, ia telah ditentukan. Namun, kita tidak tahu apa yang telah ditentukan oleh Allah. Dengan berpegang pada hakikat itu kita diperintahkan-Nya agar berusaha. Carilah jodoh yang baik, carilah rezeki yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Berapa banyak rezeki kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah. Milik kita hanya usaha..
                                                                                      
                                                                                                                # Ustaz Pahrol Juoi # 
p/s: maaf andai tersalah bicara, buah cempedak luar pagar.

0 weirdo:

Post a Comment

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template