aku rasa sunyi yang amat sejak kembali ke universiti kali ini..
ya mungkin tiada lagi teman seperti dulu..
aku perlukan sejuta kekuatan demi menempuh fasa baru ini..
ok, lupakan dulu kerana aku bisa menangis jika topik saja yang aku fikirkan..
bersyukur kerana aku masih ada Dia.. ya! hanya Dia..
izinkan aku kembalikan mood dengan berkongsi cerita yang paling aku suka
yakni novel..
memang dah lama sangat aku cari novel ni.. setahun?
entahlah tapi bila jumpa ada saja yang membantutkan aku untuk beli..
asal jumpa je tak beli, asal jumpa je tak beli, asal nak beli je tak jumpa..
alhamdulillah, waktu bulan Ramadhan lepas aku jumpa jugak..
dah lah 1 je ada, penghabisan stok rasanya sebab ada diskaun 15%...
dah malas nak teragak-agak, rembat sajalah dengan hati yang 'kan best kalau free'..
jangan cakaplah hati masa tu memang berkobar-kobar nak baca..
aku dah masuk golongan wajib beli sebab bila pergi popular atau MPH
mesti melilau je mata cari novel tu.. dengan hati yang lega aku bukak page dia..
cetakan pertama 2008..
cetakan pertama 2008? why? tak best ke?
mulalah nak meroyan belum apa-apa lagi...
bila ingat balik don't judge a book by its............
kena habiskan jugak walau apa pun sebab dah berzaman mencari..
hadirlah kau ke dalam hidupku, meskipun sebagai mimpi.. |
memang best.. banjir jugak le dengan air mata.. sebab aku suka cerita yang famili-famili sikit...
tak adalah cintunnn je kerjanya.. dan aku tahu taste aku not bad..
kahkahkah
oh ya, ni novelis kasihku abadi rupanya..
yang suami kena HIV sebab transfer darah tu..
tak tau tak apalah..
i love kasihku abadi.. dah tak jumpa dah novel tu...
semua ni novel lama.. memang susah sikit nak jumpa...
ok sampai sini dulu.. papai
Kata orang, penantian itu satu penyeksaan. Sabar itu separuh daripada
iman. Itulah rentetan sebuah kehidupan Nurul dan Aril. Kesabaran mereka
diuji apabila permata hati yang bertahun-tahun dinanti disahkan
mengalami komplikasi jantung. Terasa luluh dan remuk redam hati apabila
impian yang bertahun-tahun dianyam, dicarik tanpa rela. Di saat getir
beginilah, terjadinya satu keajaiban. Pertemuan Nurul dengan Carisha...
ibu muda yang disahkan menghamilkan bayi yang tidak dapat dijangka
hayatnya. Bukan menyerah kalah, bukan cepat pasrah, tetapi Carisha nekad
ingin mendermakan jantung si anak buat mereka yang lebih memerlukan.
Tapi, bolehkah? Semudah itukah?
0 weirdo:
Post a Comment