Sunday, June 10, 2012

T e a s e r

hai..
aku bukan novelis.. memang pun.. geli je dengarkan..
tapi tak tahu entah mana datang ilham untuk tulis cerpen pendek..
mulanya aku panggil mini novel.. bila bagitahu dekat budak-budak ni...
"tak sampai pun 50 pages".. terus je .."tu cerita kanak-kanak namanya"..
memang aku sedang mencuri masa untuk habiskan 
taip cerita "kanak-kanak" tersebut.. thanks buat teman-teman yang terus bagi semangat..
thanks jugak sebab sudi dengar sinopsis yang entah apa-apa tu..
sabar ye buat mereka yang dah tak sabar nak baca tu.. (rolling eyes 10x)
aku masukkan sedikit saja teasernya.. Iman Haizam dan Jasmin ada hero dan heroin i.. Itulah dekat 10 kali tukar nama.." thanks dibah bagi nama hero.. iman tu orang yang tambah.." Pejam mata jelah kalau ada yang tak kena tu.. maklumlah buah cempedak di luar pagar..

Berada di Tanjung Bidara membuatkan fikiran Jasmin lapang. Walaupun menjadi salah seorang guru pengiring kepada pelajar tingkatan 4 bukan kerja yang mudah. Harus berdepan dengan pelbagai kerenah para pelajar. Kesabaran yang tinggi amat diperlukan. Sekarang waktu riadah. Dia bersama 3 orang guru lagi memantau aktiviti para pelajar. Lepas isyak nanti seisi motivasi fasa 2 akan bermula. Apabila keadaan terkawal, Jasmin menghampiri beberapa orang pelajar dan berpesan sesuatu. Kemudian dia melangkah menyusuri pantai, ingin menenangkan fikiran seketika. Dia berlabuh di pasir putih itu dan menghadap ke arah pantai. Damai sekali. Jasmin sukakan suasana seperti ini. Dia menikmati suasana itu kerana esok mereka sudah mahu berangkat pulang.

“Assalamualaikum.” Satu suara memberi salam. Jasmin pantas berpaling ke arah empunya suara itu. Terkejut. Dia menjawab perlahan salam tersebut. Jasmin menanggalkan cermin mata hitam yang dipakainya. Jasmin merenung pemuda yang kelihatan ringkas itu.
“Jauhnya termenung, boleh I duduk sini?” Tegur Haizam yang turut berlabuh di situ tanpa sempat Jasmin berkata apa-apa.
“Kenal I lagi?” Tanya Haizam semula. Agak lama dia memerhatikan gadis itu bersendirian. Memang niatnya untuk mencari Jasmin di situ, lalu dia bertanya kepada beberapa orang pelajar yang bermain bola tampar tidak jauh dari tempat Jasmin. Dia mengatakan yang dia kawan lama Jasmin. Mujur juga kerana hanya sekolah Jasmin membuat kem di situ kalau tidak haru juga dia nak mencari.
“You ni…” Jasmin cuba memerah ingatannya. Lupa sebenarnya nama lelaki itu.
“Zam, kalau you lupa.” Ucap Haizam seperti dapat membaca kekaburan Jasmin. Masakan Jasmin lupa kejadian tempoh hari.
“ You buat apa kat sini”? Jasmin sekadar berbasa basi. Masih tidak percaya dengan kehadiran lelaki itu.
“Saja makan angin. Tak sangka pulak jumpa you dekat sini.” Haizam berjeda. Padahal dia terdengar perbualan mamanya. Inilah orang yang membuatkan mama meroyan. Bisik hati Haizam. Jasmin Cuma mengangguk. Rumah dekat-dekat sini je kot. Jasmin berteka-teki sendiri.
“Phone you dah ok?” Haizam cuba bertanya sekadar ingin mendengar gadis itu bersuara. Pendiam sangat. Entah apa yang mamanya suka tak tahulah.
“Mesti lah dah.” Jawab Jasmin tersenyum tapi tidak bertentang mata dengan Haizam. Dia membuang pandangan ke arah laut. Suasana sepi seketika.
“You datang dengan siapa ni? Anak isteri? Tanya Jasmin pula. Mungkin itu adalah soalan yang terbaik.
“Ingat I berani lepak kat sini kalau datang dengan anak isteri.” Jawab Haizam sambil ketawa kecil. Jasmin memandangnya dengan pandangan yang sinis. Buaya. Kutuk Jasmin di dalam hati.
“You lama lagi ke kat sini?” Haizam bertanya.
“Esok baliklah. Lagipun I ada kerja kat sini, bukan makan angin.” Sindir Jasmin.
“ Ingatkan you honeymoon tadi. Patutlah seorang je I tengok.” Sengaja Haizam menduga hati Jasmin. Merah padam muka Jasmin.
“Kalau I honeymoon pun you ada masalah ke?” Terangkat kening Jasmin. Haizam cuma tersengih. Dia sudah mencabar kesabaran Jasmin agaknya.
“Malam ni you free tak? Kita dinner sama-sama. Makan ikan bakar..” belum sempat Haizam menghabiskan ayatnya, Jasmin sudah bersuara.
“Sukanya hati you. Tak takut ke kalau I ni isteri orang ke.” Jasmin rasa kesabaranya makin tipis. Pasti ada yang merimaskan. Di tarik nafas agar hatinya tenang. Jasmin berdoa agar jangan sampai dia menghalau lelaki itu.
“Takut juga sebenarnya. Tapi dengan cara you yang sombong ni, I sure you belum kahwin.” Selamba saja Haizam menjawab.
“I harap you belum pekak. I datang atas urusan kerja, I tak free dan tak berminat. Lagi satu, I tak kenal you.” Ucap Jasmin tegas. Dia bingkas bangun. Sebelum aku halau dia lebih baik aku yang berambus. Muka dah handsome tapi celupar bukan main. Jerit Jasmin di dalam hati. Dia melihat jam. Sudah hampir magrib. Pasti para pelajar tengah makan malam. Dia tidak mahu ketinggalan untuk solat berjemaah bersama mereka. Jasmin melangkah tanpa menoleh lagi.  Haizam turut bangun. Panik.
“Sorry, I tak ada niat apa-apa pun tadi tu..” Haizam cuba membetulkan keadaan. Alamak dia merajuk ke. Desis hati Haizam. Haizam cuma mampu memerhatikan gadis itu berlalu pergi. Tiba-tiba Jasmin berpatah balik, tertinggal sandal rupanya. Jasmin beristifar di atas kelalaiannya. Dia malas memandang wajah Haizam. Pasti lelaki itu tengah ketawa di dalam hati. Haizam hanya tegak di situ memerhatikan Jasmin. Tidak ada pula Jasmin menyebut tentang mamanya sepanjang perbualan tadi. Dia semakin keliru.

ok, itu saja.. untuk penghargaan kena tunggu entry yang lain..
 lebih kurang special thanks..
ye ye semua nama aku letak nanti..
kilah, og, dibah, una, bla bla bla...


2 weirdo:

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template