Tuesday, March 13, 2012

a s i n g

sudah puas aku mengerti kamu
 
sampai di sini saja
 
kerana aku sudah lelah
 
semakin aku dekat, kau semakin asing aku rasakan
 
biarlah aku dengan caraku
 
kau mungkin tidak mengerti
 
lain aku fikir, lain yang kau tafsir
 
biarlah menjadi tanda tanya
 
buatlah semahumu
 
andai itu membahagiakanmu
 
biar aku pekakkan telinga, butakan mata
 
terima kasih juga kerana membuatkan aku seperti tidak dihargai
 
kau teruskanlah dengan lagak tidak bersalah itu
 
seharusnya dari dulu lagi aku menjauhkan diri
 
belum terlambat untuk aku melangkah
 
aku rasa kau pun tidak kisah
 
mungkin kau lupa, tapi aku tidak

cukup setakat ini saja
 
biar semuanya tertulis di sini
 
kerana aku berjanji tidak akan memikirkannya lagi
 
biar asing saja yang menghiasi kita
 
hanya asing saja layak buat kau dan aku

noktah!

0 weirdo:

Post a Comment

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template