Friday, November 18, 2011

hadapi

salam jumaat semua...
tidak pernah berubah! aku tetap cintakan jumaat..
aku ternanti-nantikan jumaat.. bukan kerana aku tiada kelas atau apa..
tetapi udara jumaat aku rasakan berbeza..
lapang dan nyaman.. 
semoga aku diberi kesempatan bertemu jumaat lagi..
 
ok sempena jumaat yang aku cintai ini, rasa nak kongsikan sesuatu..
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud,
"Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana 
tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena atau yang lebih besar, 
tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengankat darjatnya satu darjat 
dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi 
bencana dan kesusahan tersebut."

betul! kadangkala aku lupa yang apa terjadi itu adalah dariNya..
merungut saja jika itu tak kena, ini tiada..
alpa yang segala-galanya akan terjawab di sana..

"boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat
baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu, ALLAH mengetahui 
sedang kamu tidak mengetahui."
                                                                                       (al-Baqarah, ayat 216)

ingin aku berlapang hati terhadap segala-galanya..
itu yang aku cuba lakukan..
mulai sekarang!

0 weirdo:

Post a Comment

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template