Monday, October 10, 2011

Mr.Right?

atas desakan ceq jay menyuruh aku tulis topik yang tak berapa familiar 
dengan diri aku, aku cuba juga lah..
yakni pasal err cinta..
(apa barang lah kan aku nak merapu ni,)
lagi pun aku bukannya artis, motivator atau siapa-siapa..
 
maafkan aku kalau tulisan ini biasa-biasa saja..

susah sebenarnya mencari Mr.Right ni..
jadi, biarlah diri kita yang menjadi right right dulu..
maksudnya betulkan atau perbaiki diri dahulu dari segala sudut..
sempurna? 
semua orang tak sempurna rasanya.. 
menerima seseorang itu seadanya adalah yang terbaik..
pernah dengar kan, jika kita mencari yang sempurna saja takut nanti kita 
tak dapat terima sebarang kesalahan dia (bantai jelah betul ke tak ni)..
alamak ni yang malas bab bab ni..
(cakap tu macam esok lusa nak kawin pulak)..
ye ye tau tak salah mencari, suka hati koranglah..

jangan risau kalau tak jumpa lagi Mr.Right atau 
Mr.Right tak muncul-muncul pun..
Allah lebih tahu kan apa yang terbaik buat hamba-hambanya..
jadi serahkan segalanya kepada Dia..
 
"pabila tiada siapa mencintaimu, tanpa segan silu kau damba kan adam utk memilihmu.kau merungut, mengeluh, merayu pada adam yg belum tentu mencintaimu. tapi sering saja kau terlupa, kau sentiasa punya kekasih sejati yg tidak pernah terlintas untuk meninggalkan mu,mendengarmu, memilikimu, mencintaimu ; ALLAH SWT"..
 
ni lah sebenarnya jawapan untuk persoalan ceq jay..
padahal itu ayat yang ceq jay reka sendiri katanya.. sedap saja aku quote kat sini..
buat yang putus cinta tu..
relaks ok.. baca balik ayat kat atas tu..
mungkin ada hikmah.. Allah mesti nak pelihara diri kita dari perkara-perkara
buruk..
cukup lah tu ye..selamat beramal teman-teman..

p/s: tidak mahu menoleh lagi kebelakang kerana yang berlalu tetap berlalu.. ambil pengajaran dan jangan ulangi.. (buat-buat jelah faham)

0 weirdo:

Post a Comment

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template